Bertempat di sekolah Matrix Global Antarabangsa, Sendayan, Negeri Sembilan, seramai 72 peserta Kem Bola Lanjutan ditempatkan. Daripada jumlah itu, 48 peserta dari Malaysia, 12 dari Singapura dan 12 lagi dari Filipina.
Melalui Kem Bola Lanjutan inilah peserta-peserta akan dinilai dari pelbagai sudut, bukan sahaja dalam aspek bola sepak tetapi dinilai juga diluar latihan seperti kerajasama dalam aktiviti sampingan didalam kelas yang telah diatur oleh Astro sebelum memilih hanya 32 orang peserta sahaja untuk dibawa ke Akademi Barcelona pada bulan November nanti.
Walapun penulis hanya terlibat sebagai hos Kem Bola, namun penulis juga turut mengambil kesempatan bersama peserta-peserta ini untuk menyelami bagaimana perasaan mereka selama lima hari berada dalam Kem Bola Lanjutan ini. Bermula awal pagi, peserta telah dibangunkan untuk melakukan aktiviti yang telah disusun atur dan yang lebih menarik, mereka dapat menerima tunjuk ajar daripada para jurulatih berpengalaman daripada Akademi Barcelona yang diketuai oleh Albert Batalla Fernandez.
Ini satu peluang yang terbaik disediakan oleh Astro kepada peserta-peserta untuk menerima pelbagai ilmu dalam bola sepak dan membina jati diri. Apa yang penulis dapat kongsikan di sini, bagaimana budaya anak-anak daripada tiga negara ini berinteraksi antara satu sama lain.
Pelbagai ragam dan karektor dapat dilihat baik didalam padang atau diluar. Kalau melihat dari segi pergaulan peserta Malaysia dan Singapura berani dan berkeyakinan tinggi sementara Filipina agak malu sedikit, ini berkemungkinan faktor bahasa. Namun itu tidak menjadi halangan kepada mereka bergaul dengan peserta Malaysia dan Singapura.
Apa yang lebih menarik kepada penulis adalah peserta dari Singapura yang dilihat berkeyakinan tinggi apabila berhadapan dengan jurulatih dari Akademi Barcelona.
Mereka tidak segan silu untuk bertanyakan pelbagai soalan dan kemahiran berkomunikasi terutama dalam kelas teori. Ini mungkin atas dasar sistem pembelajaran negara mereka dan pendedahan-pendedahan awal yang telah diberikan.
Ini satu ilmu dan pendidikan yang berguna disediakan Astro kepada peserta-peserta Kem Bola ini. Selamat maju jaya kepada semua peserta mana yang tidak terpilih nanti jangan putus asa, kepada yang terpilih terus usaha dan usaha.