Berbeza dengan negara kuasa besar badminton lain, Malaysia memiliki keistimewaan dalam melahirkan dinasti keluarga badminton.
"Anak-anak Sidek" merupakan inspirasi buat peminat badminton tanah air mengikut jejak langkah Allahyarham Datuk Sidek Kamar dalam membentuk anak-anak mereka menjadi jaguh Malaysia.
Tidak tekecuali Zainuddin Hassan bapa kepada perseorangan nombor dua negara Iskandar Zulkarnain dan adik-adiknya yang mewarnai saingan beregu, Amzzar di bawah program kelab dan Ameer bersama skuad pelapis kebangsaan.
Dalam tempoh mengenali mereka, adik beradik ini memiliki semangat luar biasa untuk mengatasi setiap cabaran dan dugaan sebagai pemain yang memburu kejayaan buat Malaysia.
Ameer baru-baru ini dalam Kejohanan Remaja Dunia, di sebalik kecederaan lutut yang meranapkan impian dia menghadiahkan pingat buat Malaysia tetap membara untuk menyinar di bawah jurulatih beregu negara, Cheah Soon Kit.
Tetapi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berbicara mengenai abang sulung mereka, Iskandar, yang semakin selesa beraksi di bawah kemahuan sendiri dan bukan dalam bayangan Datuk Lee Chong Wei.
Dalam tempoh setahun, begitu banyak peningkatan saya lihat dalam Iskandar terutama aksi dalam gelanggang sambil mengekalkan perwatakan sebagai individu penuh semangat dan merendah diri.
Saya dan anda sebagai rakyat Malaysia pasti bangga melihat Iskandar wakil tunggal negara dalam separuh akhir Siri Super Premier Terbuka China pamer aksi persis juara menentang bintang Denmark, Jan O Jorgensen.
Meskipun tewas, ada perbezaan ketara berbanding pertemuan pertama dua pemain ini dalam Siri Super Premier Terbuka Malaysia, April lalu dengan Jorgensen buktikan ada jurang kualiti antara mereka.
Mengenali Iskandar, saya fikir dia juga akur peluang untuk ke pentas final sebenarnya sudah dalam genggaman, tetapi bagi saya ini adalah satu helaian dalam naskah pengajaran dia untuk jadi jaguh dunia satu hari nanti.
Tersenyum juga saya melihat perkembangan sudah terbit perseteruan antara Iskandar dan Jorgensen susulan pertembungan mereka tempoh hari.
Semuanya gara-gara Jorgensen dalam tekanan melempar jersi Iskandar waktu pertukaran Interval set ketiga sambil kerap kali cuba merendahkan moral perseorangan negara ini dengan memanggilnya Chong Wei sepanjang perlawanan.
Saya sempat berseloroh dengan Iskandar menerusi Whatsaap berhubung perseteruan yang baru mekar ini dengan dia menegaskan sudah tiba waktu ikon dunia lain menghormati dia sebagai pendukung Jalur Gemilang di samping Chong Wei.
Percayalah, dunia sudah mula memandang anda Iskandar dan akhirnya Jan O Jorgensen sudah merasai penangan semangat anak Zainuddin.