Sewaktu artikel ini ditulis, Argentina berdepan misi getir dalam memastikan perjuangan mereka dalam saingan Piala Dunia 2018 di Rusia dapat diteruskan.
Keputusan seri 1-1 sama menentang Iceland serta kekalahan 0-3 kepada Croatia menyaksikan skuad kendalian Jorge Sampaoli perlu menewaskan Nigeria dalam aksi terakhir kumpulan D andai ingin meneruskan kemaraan ke pusingan kalah mati.
Tumpuan banyak terarah kepada kapten, Lionel Messi selepas dia kurang menyerlah dalam kempen kali ini berbanding edisi 2014 di Brazil.
Ketika itu mereka tewas kepada Jerman di pentas final hasil jaringan Mario Gotze pada masa tambahan.
Secara keseluruhan, nasib Messi bersama Argentina tidak seindah seperti mana yang dilaluinya di peringkat kelab dengan Barcelona.
Selain ditimpa kekecewaan pada final Piala Dunia 2014, Messi juga masih kempunan untuk meraih kejuaraan di peringkat antarabangsa bersama Argentina apabila dua kali berturut-turut menjadi naib juara saingan Copa America, kecundang kepada Chile dalam penentuan penalti.
Sudah pasti ramai akan terus membandingkan kehebatan Messi berbanding kapten Portugal, Cristiano Ronaldo dalam menentukan siapa pemain terulung pada zaman ini.
Namun penulis merasakan setiap pemain ada kekuatan tersendiri dan kini nasib Messi di Piala Dunia bergantung kepada aksi terakhir kumpulan menentang Nigeria.
Andai kecundang, ia pasti menjadi penampilan terakhir buat pemain berusia 30 tahun itu di peringkat tertinggi bola sepak antarabangsa dengan Argentina perlu melihat kepada masa hadapan bagi mencari pemain yang mampu menggantikan kelibatnya.