Johor Darul Takzim (JDT) menamatkan kempen sulung mereka di saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) selepas kekalahan 2-0 di tangan kelab Korea, Gyeongnam dalam aksi Kumpulan E pada Rabu.
Meskipun menamatkan saingan di tangga tercorot Kumpulan E, terdapat beberapa perkara positif yang diraih wakil sulung negara itu di saingan kelab paling kompetitif di benua Asia itu.
Berdaya Saing:
Jika dilihat kepada keputusan setiap perlawanan JDT di ACL, mereka tidak tewas lebih daripada dua gol dan lebih menarik, mereka turut berjaya merakam satu kemenangan dan seri pada penampilan sulung mereka.
Penampilan sulung JDT di ACL juga membuktikan, pemain-pemain tempatan mampu bersaing di peringkat tertinggi Asia.
Hakikat JDT tidak menjadi ratahan pencabar lain dalam Kumpulan E juga sebenarnya boleh dianggap satu kebanggaan, kerana ini adalah penampilan sulung mereka.
Pemain Tempatan Pertama Raih Gol ACL:
Kelibat Safawi Rasid di saingan ACL turut melakar sejarah baru apabila pemain kelahiran Terengganu itu menjadi pemain tempatan pertama menjaringkan gol di saingan tersebut.
Gol Safawi diraih ketika JDT tumpas 1-2 di tangan Shandong Luneng pada 9 April lalu di laman lawan.
Pemain Tempatan Pertama Jaring Gol Kemenangan di ACL:
Jika Safawi muncul pemain tempatan pertama raih gol di ACL,penyerang serba boleh JDT Syafiq Ahmad pula menjadi pemain tempatan pertama meraih gol kemenangan.
Syafiq meraih jaringan itu ketika JDT melakar kejutan apabila menewaskan juara bertahan ACL, Kashima Antlers di Larkin pada 8 Mei lalu.
Jaringan itu juga membolehkan JDT menjadi wakil pertama negara merakam kemenangan di pentas ACL.
Pengalaman Berharga:
Apa yang pasti, barisan pemain, jurulatih dan pengurusan JDT meraih pengalaman berharga pada penampilan sulung di saingan ACL.
Ternyata ia adalah saingan cukup kompetitif, apatah lagi kelab seperti Shandong turut diperkuatkan bekas pemain Liga Perdana Inggeris seperti Marouane Fellaini dan Graziano Pelle.
Sudah pasti pemain-pemain tempatan dalam skuad JDT kini lebih terdedah dengan aksi peringkat tertinggi yang pasti akan membantu mereka apabila tugasan bersama skuad kebangsaan nanti.
Kini, pucuk pimpinan JDT perlu memikirkan kaedah terbaik untuk mempamer peningkatan jika mereka ditakdirkan sekali lagi menjuarai Liga Super dan menjadi wakil negara di ACL.
Tidak dinafikan JDT memiliki barisan pemain import terbaik di Liga Super namun, tahap yang lebih tinggi di ACL mungkin memerlukan kelibat import yang mampu konsisten di saingan domestik dan antarabangsa.
Atau mungkin, JDT sekali lagi perlu mencari pengendali baru mengendalikan pasukan itu untuk saingan musim depan?
Sebagai kelab tempatan yang memiliki prasarana terbaik ketika ini, penulis berasa JDT juga tidak perlu melakukan perubahan besar untuk saingan musim depan bagi memberi cabaran lebih kuat di ACL.
Walau apa pun perubahan yang akan dilakukan buat JDT menghadapi saingan ACL 2020, penulis optimis mereka akan tampil lebih ampuh selepas penampilan sulung musim ini.