Skip to main content

Rencana

Pemanah ke Olimpik Tokyo

khairul-anuar-200817.jpg
Saya yakin skuad memanah negara akan jadi kumpulan kedua layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Kejohanan Dunia 2019 di 's-Hertogenbosch, Belanda (10-16 Jun) menawarkan peluang keemasan untuk anak buah Lee Jae-Hyung menempah tiket awal.

Berdasarkan kuota Olimpik, trio recurve lelaki dan wanita perlu mara sekurang-kurangnya ke peringkat suku akhir - pencapaian yang realistik berdasarkan prestasi Piala Dunia di Shanghai, China, minggu lalu.

Khairul Anuar Mohamad, Muhammad Akmal Nor Hasrin dan Muhamad Zarif Syahiir Zolkepeli galas tugas penting memastikan trio negara mengekalkan rentak dimana Malaysia sentiasa mencabar acara itu sejak Sukan Olimpik Beijing 2008.

Recurve berpasukan wanita, kejayaan Nur Afisa Abd Halil raih tangga keempat acara individu di Shanghai jadi pembakar semangat untuk cipta sejarah layak ke Olimpik buat kali pertama.

Untuk rekod, penyertaan paling ramai skuad memanah ialah empat atlit ketika Sukan Olimpik London 2012 yang turut membabitkan Nurul Syafiqah Hashim.

Kunci utama ialah trio recurve lelaki dan wanita mara ke suku akhir sekali gus bakal menyaksikan rekod baru penyertaan pemanah negara ke Olimpik.

Secara automatik, ia akan buka peluang untuk menyertai semua lima acara iaitu individu (lelaki dan wanita) serta berpasukan campuran. 

Walaupun pemanah negara suram apabila hanya raih satu gangsa di Sukan Asia Indonesia 2018 (compound berpasukan lelaki), namun saya yakin ada wakil negara akan layak ke Olimpik Tokyo.

Gunakan peluang ini sebaik mungkin. Jangan tunggu hingga tahun depan!

Advertisement

Must Watch Video