Heboh komen dan pendapat diberikan netizen apabila tular gambar pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Liridon Krasniqi, yang memegang kad pengenalan Malaysia. Liridon Krasniqi yang kini memperoleh kerakyatan Malaysia pernah beraksi bersama pasukan bawah 21 tahun Albania dan skuad senior Kosovo, dan dijangka bakal membuat penampilan pertama bersama Malaysia tidak lama lagi. Ini bukan pemain bola sepak pertama kerana sebelum ini pemain Mohamadou Sumareh juga mendapat kerakyatan selepas lama menetap di negara bertuah ini. Apa kepentingannya pemain naturalisasi ini? Adakah lebih memberikan kebaikan atau sebaliknya?
Jalan Pintas
Beri lah apa alasan sekalipun, ianya tidak dapat menolak hakikat bahawa kehadiran pemain naturalisasi memang memberikan tambah nilai kepada skuad kebangsaan. Bukan sahaja Malaysia, lihat negara-negara jiran seperti Indonesia dan Thailand, kita boleh lihat terdapat tiga atau empat pemain naturalisasi yang berada dalam kesebelasan utama. Untuk Harimau Malaya pula, pemain kacukan seperti Matthew Daview, Brendan Gan dan pemain naturalisasi seperti Mohamadou Sumareh ternyata memang menjadi taruhan. Bukan menidakkan keupayaan pemain tempatan, tetapi kelebihan dari segi fizikal dan teknik di atas padang yang dimiliki mereka ternyata lebih baik dari pemain tempatan asli.
Jimat Wang
Salah satu jalan paling mudah untuk menjimatkan kantung pihak pengurusan. Jika boleh mendapatkan pemain import yang mendapat taraf naturalisasi atau pemain berdarah kacukan, bayaran gaji secara tidak langsung akan menjadi sedikit murah berbanding pemain import kerana taraf mereka sudah sama seperti pemain tempatan. Ini sekaligus memberikan pihak pengurusan sedikit ruang untuk berjimat terutama buat pasukan yang setiap tahun mengalami masalah bayaran gaji. Namun dalam pada dapat berjimat, janganlah pula dianaktirikan pemain tempatan, manalah tahu kalau-kalau tangga gaji pemain tempatan asli diturunkan pula. Ya lah, bila setiap pasukan berlumba-lumba mencari pemain naturalisasi dan kacukan, entah-entah pemain tempatan terus dipinggirkan. Siapa tahu kan?
Persaingan sihat
Dayang percaya, Syahmi Safari yang bermain di posisi bek kanan pasukan kebangsaan pastinya tidak mahu mengalah kepada Matthew Davies. Syazwan Andik dan Nazirul Naim tidak akan memberikan laluan mudah buat Corbin Ong merebut tempat dalam posisi bek kiri. Begitu juga Akram Mahinan, Syamer Kutty mahupun Azam Azih, mereka tidak akan mengalah andai Liridon Krasniqi menyertai Harimau Malaya nanti. Persaingan sihat seperti ini sangat diperlukan demi meningkatkan kualiti pasukan secara menyeluruh.
Jadi, pendapat peribadi Dayang, untuk jangka masa pendek, kehadiran “mereka” memang memberikan lebih banyak kebaikan kepada setiap pasukan mahupun pasukan kebangsaan, namun untuk jangka masa panjang, kita perlu meneliti pelbagai aspek dan perlu ada satu organisasi khas yang menilai kerja pembangunan akar umbi serta prestasi pemain-pemain tempatan sama ada semakin meningkat atau pun tidak. Andai kata semakin meningkat, kita memang berada di landasan yang tepat. Tetapi jika tidak dan ada lambakan pemain tempatan yang tiada pasukan, apa gunanya pemain kacukan dan naturalisasi andai produk asli sendiri semakin merudum kualitinya?