Nama Pornchai bukanlah asing dalam dunia sepak takraw, meskipun sudah berumur 38 tahun, dia masih lagi dianggap sebagai perejam terbaik dunia dengan variasi rejaman dan liuk badan yang lebih baik dari kebanyakkan pemuda berusia 20-an.
Menerusi satu muat naik peribadi di laman media sosial, Pornchai menyenaraikan skuad regu pilihan sekadar mengisi waktu terluang ketika ini. Antara pemain yang menjadi pilihan Pornchai adalah :
Tekong – Suebsak Phunsueb
Kredibiliti yang dimiliki anak jati Ranchatburi, Thailand ini tidak perlu dipertikaikan lagi. Memperkenalkan kepada dunia 'servis kuda' yang sehingga kini menjadi igauan mana-mana lawan termasuk Malaysia, Suebsak menjadi antara kunci utama kejayaan skuad Thailand. Hasilnya, 7 emas Sukan Asia berjaya dituai sejak 1998 sehingga 2010.
Apit Kanan - Suriyan Peanchan
- Pornchai memilih Suriyan kerana pernah beraksi bersama, khususnya ketika raih emas Sukan Asia Guangzhou 2010. Suriyan pandai mengumpan bola kepada perejam mengikut situasi, dan adakalanya Suriyan sendiri mampu mematikan bola tersebut sehingga membuat lawan buntu.
Perejam - Anuwat Chaicana
- Di Thailand, terdapat banyak perejam yang berkualiti, namun untuk Pornchai, dia merasakan Anuwat punyai keistimewaan tersendiri dengan menyifatkannya sebagai mempersonakan. Anuwat memiliki rejaman bola jarak jauh dan padu untuk mengalahkan lawan selain beberapa variasi di depan jaring.
Ini adalah contoh bayangan sahaja yang dikemukakan Pornchai seandainya dia dapat memilih regu terbaik untuk skuad Gajah Putih. Mungkin juga bayangan untuk Pornchai beralih ke bidang kejurulatihan setelah hampir sekian lama menjadi perejam nombor satu dunia.