"Yang lebih utama adalah pasukan kebangsaan," itu catatan artikel dalam laman Stadiumastro pada 2 Jun lalu.
Hasrat itu diluahkan oleh pemain tengah Pulau Pinang, Syamer Kutty Abba.
Menurutnya lagi, "Memang Pulau Pinang adalah majikan saya tetapi ini adalah impian saya dan saya akan meneruskannya.
"Sebagai pemain, saya wajib menyasarkan pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur.
"Oleh itu, sudah tentu saya akan memberikan komitmen 100 peratus andai terpilih bersama skuad B-22 negara," katanya.

Keinginan itu sudah cukup menggambarkan gelora yang kini terpaksa dihadapi Syamer gara-gara tuntutan agar namanya perlu digugurkan daripada skuad projek Sukan SEA pada bulan depan selain pusingan akhir Kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) Bawah 23 Tahun (B-23) di China, awal tahun depan.
Syamer adalah antara enam pemain yang terpalit dengan kontroversi ekoran kegagalan melaporkan diri untuk kelayakan Kejohanan AFC B-23 di Bangkok.
Lima pemain lain yang tidak mendapat pelepasan kelab atau persatuan adalah rakan sepasukannya dalam skuad Harimau Kumbang, S. Kumaahran, Matthew Davies dan Nor Azam Azih (Pahang) serta Safawi Rasid dan Haziq Nadzli (Johor Darul Ta'zim).
Justeru, mereka dianggap mengetepikan kepentingan dan mengkhianati negara.
Safawi, yang menyertai JDT pada awal musim ini, masih menaruh harapan agar Datuk Ong Kim Swee akan mempertimbangkan kelibat mereka, malah ketika itu Liga Malaysia akan berehat bagi memberi laluan kepada kemeriahan Sukan SEA yang berbaki 21 hari lagi.
Nyata, keputusan untuk tidak mewakili negara bukan terletak di tangan pemain selagi tertakluk kepada undang-undang Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).
Oleh yang demikian, usah terburu-buru menghukum pemain semata-mata, apatah lagi saingan kelayakan Kejohanan B-23 berlangsung tidak termasuk dalam kalendar FIFA.
Kim Swee berhak untuk memilih skuad terbaiknya dalam Sukan SEA dan seterusnya mempertimbangkan khidmat keenam-enam pemain berkenaan.
Biarpun skuad bimbingan Kim Swee itu mencipta kejutan apabila mengungguli Kumpulan H dalam kempen di Bangkok, ia juga mendedahkan beberapa kepincangan yang perlu diperkemaskan, lebih-lebih lagi selepas dibelasah 3-0 oleh tuan rumah.
Syamer, Kumaahran, Azam Azih dan Matthew Davies kini merupakan tunjang utama pasukan masing-masing dan sudah pasti dengan minit perlawanan yang ada, mereka mampu menawarkan sesuatu untuk menambah baik skuad negara dalam misi memburu ibu segala pingat, bulan depan.
Kredit imej: Football Association of Malaysia (Official)