Kekalahan kepada Bahrain dalam aksi terakhir Kumpulan E saingan bola sepak Sukan Asia 2018 menyaksikan skuad negara tidak dapat mengekalkan rentak kemenangan selepas cemerlang dalam dua aksi pertama.
Sudah pasti tiada tekanan dirasai buat pemain negara kerana kemenangan ke atas Krygyzstan serta Korea Selatan telah mengesahkan kedudukan Malaysia selaku juara kumpulan, sekaligus salah satu slot ke pusingan 16 terbaik.
Lantas, ini peluang terbaik buat pengendali, Datuk Ong Kim Swee, membuat rombakan terhadap kesebelasan utama dengan majoriti pemain yang diturunkan dalam dua aksi terdahulu direhatkan
Malah, ini juga kesempatan terbaik buat pemain yang berada di bangku simpanan sebelum ini untuk buktikan mengapa mereka layak untuk bersama pasukan ke Sukan Asia kali ini.
Benar, kemenangan serta kekalahan merupakan hasil usaha sepasukan tetapi jika ada pemain yang benar-benar gagal mempamerkan persembahan yang diharapkan, adakah itu adil buat rakan-rakan yang lain?
Keputusan Kim Swee itu juga sedikit sebanyak dapat memberikan gambaran siapa pemain yang bakal diturunkannya untuk aksi menentang Jepun di Stadium Patriot Candrabhaga, Jumaat ini.
Jika dilihat kembali aksi menentang Bahrain, begitu banyak kepincangan yang diserlahkan skuad negara, seolah-olah mereka dikumpulkan dan bermain bersama buat kali pertama.
Pelbagai aspek perlu dilihat semula andai ingin melepasi Jepun yang pastinya akan meneliti dengan rapi corak permainan Malaysia, apatah lagi mereka juga bekas juara edisi 2010 Guangzhou pastinya tidak mahu menerima nasib sama seperti juara 2014 Incheon iaitu Korea Selatan.
Kekalahan mereka kepada Vietnam dalam aksi terakhir kumpulan D juga pastinya ingin ditebus dengan kemenangan dan Malaysia perlu tampilkan permainan sebaik mungkin untuk menafikan lawan daripada peroleh kemenangan.