PASTINYA ramai tertanya-tanya apakah solusi kepada kemelut kepimpinan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), terdorong dek tindakan Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mengugut mendedahkan kandungan pemacu simpanan yang didakwa menyenaraikan salah laku FAM.
Tarikh 15 Ogos ini, pengurusan tertinggi FAM akan bersidang menentukan langkah seterusnya.

Ada beberapa pilihan terbentang buat FAM.
Pilihan 1:
Semua pemegang jawatan dalam FAM – daripada Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli jawatankuasa eksekutif (exco) bersetuju meletak jawatan serta-merta dan
mesyuarat agung luar biasa diadakan bagi mengisi kekosongan. Ini antara formula Menteri Melia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
Tindakan sebegini membuka laluan kepada tenaga baharu untuk mengambil alih tugas merencanakan hala tuju bola sepak negara dan perancangan khusus FAM untuk pasukan kebangsaan pada setiap peringkat umur.
Presiden baharu akan melantik setiausaha agung dan bendahari yang baharu untuk membantu mengurus perjalanan harian urusetia FAM.
Pilihan 2:
Status quo dikekalkan dan Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang menyatakan hasrat mengosongkan kerusi pada 2017, kekal memegang jawatan sehingga tempoh itu tanpa ada sebarang perubahan di sebalik desakan pelbagai pihak.
Pilihan 3:
Sekalipun Tengku Abdullah sudah mahu mengundur diri, beliau masih Presiden FAM yang dipilih pada 2014. Tengku Abdullah boleh memberanikan diri melantik setiausaha agung dan bendahari yang baharu agar urusetia melaksanakan perancangan mengikut visi dan misi beliau.

Pilihan 4:
Tengku Abdullah meletak jawatan serta-merta dan Timbalan Presiden yang dinamakan sebagai pemangku terus memangku sehingga pemilihan FAM pada 2018 dan Tunku Ismail akan terus-terusan menyerang FAM dengan pelbagai kritikan.
Pilihan 5:
Bergantung sama ada Tunku Ismail telus dan jujur dalam mendedahkan kepincangan pengurusan FAM.
Jika ada salah laku, tindakan undang-undang harus dikenakan dan mana-mana individu yang didapati bersalah mengikut proses undang-undang negara dilarang memegang jawatan dalam apa bentuk sekalipun di setiap peringkat.