Bola sepak Amerika Selatan sememangnya mempunyai daya tarikan yang tersendiri, apatah lagi ramai pemain dari benua itu yang berkelana ke serantau dunia untuk membuktikan kemampuan.
Tumpuan utama sudah pasti juara dunia lima kali, Brazil, serta Argentina yang sudah mengecapi dua gelaran Piala Dunia.
Kedua-dua pasukan ini bertemu dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018 kelmarin dengan Brazil melakar kemenangan 3-0 di Belo Horizonte.
Salah seorang penjaring dalam perlawanan di Belo Horizonte itu ialah tonggak Barcelona, Neymar.
Neymar menebus kehampaan Brazil yang kembali ke Belo Horizonte buat kali pertama sejak mereka dibelasah 7-1 oleh Jerman pada separuh akhir Piala Dunia 2014, di mana pemain itu sendiri terpaksa disisihkan akibat kecederaan.
Berbalik kepada pertemuan menentang Argentina, Neymar menjaringkan gol antarabangsa ke-50 bersama Brazil.
Satu pencapaian yang amat cemerlang jika dibandingkan dengan usianya yang akan mencecah 25 tahun Februari nanti.
Malah ia juga hanya penampilan ke-74 Neymar bersama Brazil dan kini dia berpeluang mengatasi rekod yang pernah dicipta legenda negara berkenaan.
Pele menjaringkan 77 gol dalam 91 penampilan, diikuti Ronaldo memahat 62 gol daripada 92 aksi bersama skuad Selecao.
Seorang lagi legenda, Romario pula menjaringkan 55 gol daripada 70 penampilan.
Selain memburu kesemua rekod yang dipegang tiga legenda ini, Neymar juga perlu mengatasi satu lagi halangan utama kerana Pele, Ronaldo serta Romario masing-masing sudah menjulang Piala Dunia dalam karier mereka.
Sudah pasti dengan kejayaan menjuarai pingat emas Sukan Olimpik Rio 2016, Neymar akan menjadi tunjang utama buat Brazil untuk menambah koleksi gelaran Piala Dunia pada 2018.