Di saat hampir kesemua seteru mereka di Liga Perdana Inggeris sedang berlumba-lumba membeli pemain baru bagi menguatkan pasukan sebelum saingan liga membuka tirai, Tottenham Hotspur terus 'steady' dan relaks biarpun mereka menduduki tangga kedua di belakang Chelsea bagi musim 2016/17.
Perkara ini turut diakui pengendali mereka, Mauricio Pochettino yang percaya bahawa Spurs lebih selesa mengekalkan pemain sedia ada dan membawa masuk pemain muda dari produk akademi mereka sendiri.
Spurs yang mempunyai senarai pemain berkualiti terus percaya dengan kemampuan pemain seperti Harry Kane, Delle Ali, Eric Dier, Victor Wanyama, Vertoghen, Alderweireld dan ketua pasukan Hugo Lloris yang mempamerkan aksi terbaik pada musim lalu.
Biarpun mereka kehilangan Kyle Walker yang berhijrah ke Manchester City, namun pengendali dari Argentina itu tetap percaya kekosongan itu mampu diisi pemain sedia ada dan juga pemain muda akademi yang turut beraksi buat skuad bawah 20 tahun England.
Turut tertarik dengan kenyataan Pengerusi Spurs , Daniel Levy yang mengatakan bahawa jendela perpindahan pemain bola sepak memainkan harga yang tidak masuk akal.
Apa yang dikatakan beliau ada kebenarannya memandangkan nilai pemain buat masa sekarang diletakkan terlalu tinggi sehingga ada yang mengatakan ianya tidak setanding dengan kebolehan seseorang pemain.
Mungkin itu adalah salah satu faktor Spurs tidak membeli pemain bintang pada jendela perpindahan kali ini, namun harus diingat juga bahawa mereka bakal beraksi di peringkat tertinggi iaitu liga juara-juara eropah selain saingan liga dan juga Piala FA. Jadi, Pochettino harus mempunyai senarai pemain yang baik jika mahu melangkah jauh dalam setiap pertandingan yang disertai.
Secara peribadi, saya(penulis) merasakan Spurs perlu membeli sekurang-kurangnya satu atau dua lagi pemain yang mampu mengisi kekosongan seandainya pemain utama mengalami kecederaan atau digantung perlawanan.
Biarpun mereka mempunyai pemain muda seperti Carter Vickers dan Joshua Onomah, namun saingan di peringkat tertinggi bukan sahaja perlukan pemain yang mempunyai fizikal baik, tetapi juga pengalaman yang mampu diterjemahkan dengan aksi di atas padang.