Penulis menyambut baik tindakan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam menyeragamkan corak permainan kesemua skuad kebangsaan bawah umur untuk mengikut falsafah bola sepak skuad senior kendalian Tan Cheng Hoe ketika melancarkan DNA Bolasepak Malaysia, semalam.
Bagi penulis, ia penting buat setiap skuad kebangsaan bawah umur serta barisan pelatih dalam Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) untuk mempunyai cara permainan yang sama dan falsafah sama.
Negara-negara kuasa besar dunia seperti England, Perancis dan Belanda serta gergasi Asia seperti Korea Selatan dan Jepun, turut menyeragamkan corak permainan barisan remaja mereka dari skuad B-16 hingga ke skuad senior.
Corak permainan yang ingin ditekankan FAM ialah corak permainan serangan serta bertahan secara berpasukan dan kajian mengenai DNA ini diketuai sendiri Pengarah Teknikal FAM, Peter de Roo, pada Oktober 2017.
Meskipun Cheng Hoe menggunakan formasi 4-3-3 dan pengendali skuad B-23 negara, Datuk Ong Kim Swee menggunakan 3-4-3, kedua-dua pengendali itu tampak memiliki falsafah bola sepak yang sama.
Jadi, formasi tidak menjadi masalah jika kedua-dua jurulatih tersebut menekankan penguasaan bola yang baik serta menyerang dan bertahan secara berpasukan.
Contoh terbaik DNA Malaysia ialah ketika Syahmi Safari menjaringkan gol berdepan Thailand dalam separuh akhir Piala AFF Suzuki tahun lalu di mana ia membabitkan hantaran tujuh pemain dalam masa hanya 20 saat.
Penulis berharap dengan pelancaran DNA Bolasepak Malaysia, gol seperti jaringan Syahmi itu dapat dilihat lebih kerap bukan sahaja daripada skuad senior, malah skuad remaja B-14 sehingga skuad B-23 kebangsaan.
Dengan kehadiran pemain sayap seperti Safawi Rasid dan Akhyar Rashid, serta penyerang serba boleh seperti Syafiq Ahmad, Sharel Fikri Md Fauzi dan pemain bek sayap seperti Syahmi dan Corbin Ong, corak permainan yang ingin ditekankan FAM mampu dilaksanakan.
Pemain-pemain remaja di NFDP sudah pasti akan menjadikan mereka sebagai idola dan secara tidak langsung akan cuba bermain seperti pemain pujaan mereka daripada peringkat akar umbi.
Situasi itu pasti akan memudahkan transisi pemain daripada peringkat remaja hingga melangkah ke alam senior dan ini amat penting kerana pemain-pemain tempatan sebelum ini kerap gagal mencapai potensi mereka apabila memasuki peringkat B-23 atau senior biarpun cemerlang di peringkat remaja.
Penulis optimis bola sepak negara berada di landasan yang betul, namun untuk melihat hasil DNA ini mungkin mengambil sedikit masa.
Mungkin ia mengambil tiga, lima ataupun 10 tahun tetapi sekurang-kurangnya FAM sudah pun memulakannya dan ia lebih baik daripada tidak melakukan apa-apa pembaharuan dalam program pembangunan bola sepak negara.