Melewati aksi pertama suku akhir Piala FA, majoriti pasukan yang sedang dalam persiapan pertembungan kedua separuh akhir adalah dari pasukan yang tidak dijangka.
Siapa sangka Kedah yang baru naik ke Liga Super selepas muncul juara Liga Perdana musim lalu tampak garang berhadapan Johor Darul Takzim (JDT) dalam aksi pertama separuh akhir hingga membawa kekalahan pertama 2-1 kepada pasukan yang dibarisi bintang ternama musim ini.
Begitu juga dengan kelibat Perak yang dari awal musim lagi gagal menyediakan kesebelasan terbaik ekoran masalah kecederaan namun, tidak kekok melawan menyaksikan aksi di Melaka berakhir dengan keputusan seri 2-2 dengan PKNS
PKNS, yang lebih banyak melebar jurang prestasi mereka musim ini di bawah kendalian E Elavarasan juga bukan pasukan tumpuan pada awal musim malahan pasukan ini sudah seakan sinonim dengan gelaran 'pengacau daun' saban musim.
Tidak keterlaluan andai penulis katakan hanya Johor Darul Takzim sahaja yang menepati ramalan awal saingan Piala FA, dengan reputasi cemerlang di peringkat Asia setelah muncul juara Piala AFC 2015 dan barisan pemain yang cukup dikenali dan majoriti daripada mereka merupakan pemain kebiasaan skuad negara.
Mario Gomez, Tan Cheng Hoe, Syamsul Saad dan E Elavarasan perlukan magis tambahan untuk aksi timbal balik, apa tidaknya aksi pertama tempohari gagal hadirkan kelebihan ketara daripada segi keputusan dan jaringan jika benar mereka berharap isi 2 slot pentas final Piala FA.
Jika ditanya siapa pilihan penulis, sejak dulu lagi penulis lebih cenderung melihat kebangkitan pasukan underdog. Tidak kira mana pasukan yang sedang meningkat naik, penulis sentiasa inginkan pengakhiran anti klimaks khusus dalam aksi final nanti.
Penulis sentiasa nantikan kejutan :)