Perkongsian vlog Azlan Mubin kali ini untuk Shopee De Paris memang mengancam sebab dia belanja suasana dan menu asyik dari salah sebuah café yang sangat famous di Paris, Carette.
Vlog yang ditunggu-tunggu ramai sebab siapa yang tak suka makan kan? Difahamkan juga, café ini dikunjungi ramai orang disebabkan lokasi yang dekat dengan salah sebuah venue sukan bagi Sukan Olimpik Paris 2024.
Dah makan croissant mesti la ada pasangannya juga, apa pasangannya tu? Ada juga petikan mengatakan ‘In Paris, Hot Chocolate Isn't Just a Drink — It's a Ritual’ dan ianya terbukti kerana dalam video perkongsian Azlan sendiri dah menunjukkan suasana café yang cukup padat dengan pengunjung, nak masuk kena beratur dulu tau guys.
Cabaran juga buat Azlan yang dari hari pertama berada di Paris ingin melakukan penggambaran melibatkan makanan dan nak kongsikan suasana café di Paris, namun disebabkan kekangan tiada kebenaran untuk melakukan perkara tersebut akhirnya jumpa pun café yang membenarkannya.
So you all kalau pergi Paris jangan terlepas untuk singgah Carette tau! Kalau nak gambaran macam mana sedapnya patisserie ni semua boleh juga layari Youtube Astro Arena dan layan Shopee De Paris hari ketiga belas!
Lily Hamzah
Wed Aug 07 2024