Skip to main content

Rencana

Paris 2024: Awas dengan ‘fashion police’ Malaysia Fariha Razak on duty!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

lili-fariha.jpg
Dalam pada kesibukan bekerja, mesti la Fariha sempat memerhati gaya dan fesyen rakyat tempatan di negara yang terkenal dengan salah satu pertunjukan fesyen – Paris Fashion Week dan untuk makluman, ianya akan berlangsung bermula 23 September depan!

Jadi, Lily pun tak terlepas untuk bertanyakan perkembangan fesyen di sana menerusi lintas langsung dalam siaran Shopee de Paris edisi 31 July 2024, selepas penelitian oleh rakan setugas yang berada di sana.

Dititipkan pesanan kepada bakal pengunjung yang mungkin ada rancangan atau hajat untuk melancong ke Paris, pertimbangkan keadaan cuaca terlebih dahulu supaya banyak ruang bagasi yang boleh diselamatkan dan tiada outfit atau OOTD yang rugi dibawa tapi tidak sesuai untuk digunakan.

Summer – adalah keadaan cuaca di kota cinta buat masa ini namun, situasinya sukar diramal kerana boleh jadi hujan atau pun tiba-tiba je panas.

Berdasarkan perkongsian Fariha juga, salah satu tips penting ialah always carry your shades! Bagi pemakaian pula kebanyakkan rakyat tempatan di Paris akan memakai baju selesa yang dilapis pula dengan jacket dilabel ringan. Sebagai contoh, leather jacket, raincoat ataupun puffer jacket.

Namun bagi pemilihan warna, rakyat tempatan selalunya memilih warna nature – seperti beige, putih, hitam dan kelabu. Jarang sekali menggunakan warna menyerlah seperti merah, atau kuning. Very classic la senang cerita!

Pemilihan bottom, loose jeans dan skirt dikenakan pula dengan kasut berunsurkan ankle boot, sneakers yang sesuai dipakai dalam jangka masa lama untuk keselesaan disebabkan mereka selalunya menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Secara keseluruhannya, rakyat Paris ni memang mengutamakan keselesaan dan sempoi je la cara pemakaiannya kena dengan cuaca!

Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan buat anda yang akan bercuti di Paris nanti.  

Advertisement

Must Watch Video