RENCANA
Pantai Timur airnya surut
Beberapa paskan yang dianggap pilihan untuk mara dengan mudah dilihat bergelut pada edisi kali ini. Tumpuan utama tentunya terarah kepada 2 gergasi pantai timur yang bergelut dalam mempamerkan prestasi terbaik.
Terengganu yang berada dalam kumpulan A terpaksa bergantung kepada keputusan perlawanan diantara Johor Darul Takzim II menentang Kedah, sambil perlu menang dengan jumlah jaringan besar ke atas Lionsxii. Diatas kertas nampak seperti peluang mereka sudah berkubur, namun keseluruhan pemain dan pegawai skuad Peteh harus berusaha keras dan berharap tuah memihak mereka.
Kebergantungan terhadap keputusan perlawanan lain juga melibatkan pasukan The Red Warriors yang perlu menewaskan T-Team dilaman sendiri selain mengharapkan Felda gagal mencipta kemenangan ke atas Red Giants.
Iklan
Siapa sangka, 2 gergasi pantai timur yang mempunyai reputasi gah di pentas tempatan terpaksa menunggu hingga ke perlawanan terakhir, selain perlu berharap kepada keputusan perlawanan lain.
Situasi ini tentunya tidak digemari pengurusan kedua dua pasukan, apatah lagi bagi Terengganu, mereka telah mula menyambung kontrak pemain pemain import mereka ,walaupun prestasi semasa pasukan tidak begitu baik.
Kelantan pula, perlu segera mencari nafas baru bagi kerusi jurulatih sesuai dengan reputasi mereka selaku pasukan yang sentiasa memiliki semangat sepasukan yang begitu tinggi.
Must-Watch Video