Bola sepak Malaysia tidak pernah lekang dengan pelbagai kisah mencuit hati, dan terbaru menerusi satu temu bual oleh pengurus pasukan Sabah, Henry Soimpon, bersama stesen radio tempatan Atukoi FM.
Perkara ini merupakan rentetan protes daripada penyokong skuad Tambadau apabila berkuatkuasa Februari lalu, pengurusan Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) mengenakan larangan membawa masuk alat muzik seperti gong, gendang ataupun kompang ke Stadium Likas.
Setelah hampir lima bulan memendam rasa, penyokong Sabah berkesempatan untuk mempersoalkan rasional di sebalik larangan tersebut dan Soimpon menjawab,
“Kami di bahagian pengurusan, jurulatih, apabila kita memberikan arahan kepada pemain, kadang-kadang tidak dengar itu….masalah komunikasi”
“Begitu juga dengan pemain. Kalau penjaga gol atau pertahanan beri arahan kepada penyerang, dia tidak dengar, langsung tidak dengar, susah mau dengar itu gendang, jadi itulah masalah dia kalau ada gendanglah.”
“Lagipun, baik kami ataupun lawan yang menjaringkan gol, sama juga bunyi dia. Kadang-kadang kami tidak tahu siapa yang mahu disokongnya,” demikian antara petikan temu bual Soimpon yang tular di media sosial ketika ini.
Agak janggal kerana kebanyakkan pasukan yang beraksi dalam Liga Super mempunyai kelompok penyokong yang setia seperti Elephant Army untuk pasukan Pahang, Boys of Strait untuk pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), malah PKNS FC juga punya The Red Ants Ultras yang kental membawa paluan gendang untuk memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.
Benar terdapat alat muzik yang pernah diharamkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), iaitu vuvuzela dalam Piala Dunia 2016 kerana bunyinya yang didakwa boleh memberi kesan kepada perdengaran.
Dalam situasi sebegini, SAFA seharusnya bijak untuk memikat kembali hati penyokong ke Stadium Likas kerana sorakan penonton sahaja tidak cukup untuk menggamatkan stadium.
Sayang kerana dua perkara, pertama mereka dalam laluan untuk tempah slot ke Liga Super musim depan, kedua, penyokong Tambadau mungkin terpaksa tepuk tangan sahaja untuk menyokong tatkala lawan-lawan dalam liga garang dengan lagu dan paluang gendang oleh Capo masing masing.
kredit gambar : Noth Borneo Ultras