Skip to main content

Rencana

Pahang Rangers kempunan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

pahang-rangers.jpg
Kegagalan Fineo menyempurnakan sepakan penalti dipenghujung babak kedua menutup peluang Pahang Rangers Fc untuk menyamakan kedudukan dan membuka peluang ke perlawanan akhir Piala Antarabangsa Sultan Ahmad Shah ketika bertemu Tachikawa Fuchu Athletic Fc.

Walaupun secara keseluruhannya Pahang Rangers memberi tentangan kepada Fuchu Athletic namun dengan pengalaman yang luas dan kelebihan taknikal individu itu memberi kelebihan kepada Fuchu Athletic.

Ini yang ditonjolkan oleh anak-anak buah Yamada Marcos Muji sejak dari awal permainan lagi. Dengan permainan pantas Fuchu Athletic berjaya memerangkap Pahang Rangers walaupun menurunkan 5 pemain terbaik mereka terlebih dahulu. Marcos Aorelio Appi dan Uemura Atsuya bijak memainkan peranan dalam mencatur gerakan yang membuka peluang kepada Sakai Ryotaro untuk menekan penjaga gol Pahang Rangers Syafiq Hamzah.

Pahang Rangers bernasib baik kerana Syafiq bertindak cemerlang dengan menyelamatkan beberapa percubaan lawan pada separuh masa pertana namun akhirnya tumpas juga daripada percubaan Marcos Appi untuk memastikan Fuchu Athletic mendahuli pada separuh masa pertama.

Bersambung pada separuh masa ke dua, Pahang Rangers terus menekan Fuchu Athletic untuk mencari jaringan penyamaan namun masih gagal menewaskan Tanaka Toshinori. Kehadiran Ridhwan Bakri dan Khairul Effendy masih tidak dapat membantu Pahang Rangers untuk mencari jaringan penyamaan. Dengan ketenangan yang ditonjolkan pemain-pemain Fuchu Athletic ketika meresap tekanan Pahang Rangers  itu akhirnya mereka berjaya melakukan jaringan ke dua melalui Sakai Ryotaro setelah kesilapan dilakukan pemain pertahanan Pahang Rangers.

Jaringan Sakai itu tidak mematahkan semangat anak-anak Gerrad Casas Ullastre sebaliknya mereka terus bangkit dan akhirnya Azwan Ismail berjaya melakukan jaringan pertama Pahang Rangers untuk merapatkan jurang jaringan. Permainan menjadi semakin rancak dengan berbalas serangan dilakukan oleh kedua-dua pasukan dan akhirnya Pahang Rangers dihadiahkan sepakan penalti setelah Marcos Appi tertampan bola didalam kawasan penalti namun Fineo gagal menyempurkan sepakan itu dan akhirnya diminit-minit akhir Sakai Ryotaro berjaya melakukan jaringan ke 3 Fuchu Athletic dan mengesahkan Fuchu Athletic ke perlawanan akhir edisi pertama Piala Antarabangsa Sultan Ahmad Shah.

Imej: Pahang Rangers FC

Advertisement

Must Watch Video