Skip to main content

Rencana

Pahang lemas di Darul Makmur

dickson.jpg
Tahniah Kedah, kejayaan yang tidak akan dilupakan oleh seluruh pemain,jurulatih,pengurusan dan peminat-peminat bola sepak Kedah apabila berjaya layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 setelah menewaskan Pahang dengan kelebihan jaringan ditempat lawan.

Ini bukan satu tugas yang mudah untuk Kedah apabila berhadapan dengan Pahang ditempat lawan apatah lagi kelebihan jaringan ditempat lawan yang dimiliki Pahang.

Tetapi itu semua bukan penghalang umtuk Kedah bangkit dengan semangat juang yang tinggi untuk memberi tekanan kembali kepada Pahang. Dengan strategi dan perancangan yang diatur oleh ketua jurulatih Kedah Aidil Shahrin Sahak dengan bermain hantaran jauh ke bahagian belakang pertahanan Pahang setelah membuat analisis tentang kelemahan yang ada pada pasukan lawan. Akhirnya Kedah berjaya buktikan kepada Pahang bahawa mereka pasukan yang mampu menghalang hasrat Pahang. Itu realitinya apabila Kedah berjaya mengikat Pahang degan jaringan (5-5) di Darul Makmur.

Jaringan awal Fernando Rodriguez yang menerima hantaran jauh dari Baddrol Bakhtiar telah meningkat keyakinan pemain Kedah untuk bangkit, namun ia tidak kekal lama apabila orang besi Pahang Dickson Nwakaeme menyamakan kedudukan. Pada separuh masa kedua sekali lagi Kedah mengejutkan Pahang dengan jaringan oleh Jonathan Bauman dan disamakan kedudukan oleh Lazarus Kaimbi. Kemudian Pahang mendahuli melalui Lazarus Kaimbi dan samakan oleh Baddrol Bakhtiar. (3-3)

Begitulah semangat juang dipamirkan pemain Kedah akhirnya berjaya mengikat Pahang (3-3) dan menyamakan jumlah jaringan ditempat lawan. Namun detik debaran drama separuh akhir tidak berakhir sebaliknya disambung pada masa tambahan, namun jaringan ke lima Kedah oleh Fernando Rodriguez menutup segala-galanya untuk Pahang walaupun berjaya menyamakan jaringan oleh Dickson Nwakaeme (5-5) kerana Kedah menang melalui jaringan ditempat lawan. (agg 8-8)

Advertisement

Must Watch Video