Jaringan kemenangan Ze Love ketika bertemu PKNS FC semalam melegakan ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh, kerana dengan kemenangan itu, Pahang terus menghambat dan memberi tekanan kepada juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT), dalam perebutan kejuaraan tahun ini.
Itu yang diinginkan oleh peminat Pahang di mana pasukan kesayangan mereka itu perlu memberikan saingan kepada JDT sebagaimana sebelum-sebelum ini. Namun, Pahang perlu mempertajamkan bahagian serangan mereka terutama gandingan Ze Love dan Dickson Nwakaeme supaya lebih berkesan selain Mohamadou Sumareh dan Norshahrul Idlan Talha.
Mengikut statistik penjaring dari kedua-dua pasukan itu, JDT mempunyai kelebihan kerana ramai pemain-pemain JDT boleh melakukan jaringan berbanding Pahang. Namun, itu tidak memberi halangan kepada Pahang sekiranya pemain-pemain Pahang terus konsisten dengan aksi yang cemerlang dalam setiap perlawanan dan dapat melakukan penyudah dengan berkesan.
Untuk perlawanan seterusnya, Pahang akan bertemu Perak di tempat lawan dan ia sudah pasti akan memberikan tekanan kepada Pahang sementara JDT pula mempunyai kelebihan apabila bertemu PKNS FC di lamansendiri. Ia sekali lagi akan menguji anak-anak buah Dollah tentang bagaimana untuk mengawal tekanan dan emosi diri mereka supaya tidak terlalu memikirkan kemenangan sehingga memjejaskan rentak permainan dan kreativiti mereka di atas padang nanti.
Kreativiti dibahagian 'midfield' dan ketajaman penyudah di bahagian serangan sentiasa dituntut dalam setiap perlawanan oleh Dollah supaya Pahang tidak tercicir mata dan ditinggalkan JDT dalam perebutan kejuaraan Liga Super 2019. Kebangkitan Pahang tahun ini melegakan ramai pihak supaya Liga Super tidak dimonopoli oleh satu pasukan sahaja iaitu JDT.