Hasrat bagi menyaksikan legenda 'skateboarders' negara Ahmad Fazil Musa,41, atau lebih dikenali sebagai Pa'din untuk menjadi jurulatih tidak kesampaian apabila beliau menolak tawaran yang dikemukakan oleh Persatuan Sukan Ekstrem Malaysia (MESA).
Khidmat Pa'din amat ditagih oleh MESA bagi membimbing skuad negara sebagai persiapan untuk menghadapi Sukan Asia yang akan berlangsung di Jakarta dan Palembang pada 18 Ogos hingga 2 September depan.
Cadangan untuk menjadikan beliau sebagai jurulatih sudah tentunya berdasarkan pencapaian individu dimana beliau merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang memenangi pingat emas dalam Kejohanan Sukan Lasak Asian X-Games di lokasi berlainan iaitu pada tahun 2000 di Phuket dan 2004 di Kuala Lumpur selain bersaing di Sukan X musim panas di Los Angeles, Amerika Syarikat.
Pemegang Diploma Kejuteraan Mekanikal Politeknik Port Dickson itu terpaksa menolak pelawaan dengan alasan komitmen peribadi selain merasakan ada individu lain yang lebih layak dan sesuai untuk membimbing skuad negara. Beliau juga menyatakan kurang arif dalam sistem kejurulatihan bagi membentuk atlet-atlet negara.
Kini Pa'din sedang mengusahakan perniagaan mengubahsuai dan membina motosikal menerusi syarikatnya Abah & Son di Kepala Batas.
Hasil pencapaiannya dalam sukan papan selaju, beliau juga diberikan pengiktirafan oleh syarikat kasut terkemuka Vans dengan keluaran kasut ‘signature colorway profesional’ yang menjadi impian setiap peluncur.Lebih menarik lagi, beliau juga merupakan satu-satunya peluncur profesional Asia Tenggara yang menerima pengiktirafan sedemikian.
Harapan beliau adalah supaya sukan papan selaju ini akan lebih berkembang semakin maju di Malaysia selain berharap agar lebih banyak 'skatepark' yang akan dibina dengan mengikut mengikut spesifikasi dan kualiti sebenar bagi melahirkan atlet-atlet baru dan berdaya saing.