Antonio Conte meraih permulaan yang diidamkan oleh setiap pengurus di England apabila menjulang trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) bersama Chelsea pada musim pertamanya tetapi kini segalanya tampak serba tidak kena buatnya.
Kekalahan 1-2 di tangan Arsenal dalam saingan separuh akhir Piala Liga kelmarin sudah pasti membuatkannya tidak senang duduk untuk berdepan setiap tuntutan pemilik pasukan, Roman Abramovich.
Tujuh perlawanan telah dilalui dalam tahun 2018 bagi semua kejohanan tetapi The Blues hanya mampu mencatat satu kemenangan, lima seri dan satu kalahan, sekali gus memperlihatkan bahawa skuad dari London itu mengalami kemerosotan prestasi yang mendadak.
Jika ada peminat Chelsea yang tertanya-tanya di manakah silapnya, jawapan yang mudah telah ditemui, iaitu sikap Conte sendiri.
Bermula dengan isu pesanan ringkas untuk menyatakan perasaan hilang minat kepada bekas penyerang, Diego Costa, ketika musim 2016/17 baru sahaja tamat, Conte sudah mula “menjatuhkan” dirinya sendiri kerana penggempur Sepanyol itu adalah watak utama yang membawa pulang trofi EPL ke Stamford Bridge.

Dia kemudian cuba mencari masalah dengan pengendali Tottenham Hotspur, Mauricio Pochettino, apabila mempersoalkan kemahuan pengurus dari Argentina itu dalam memperkuatkan pasukan dengan mendapatkan pemain-pemain elit bagi mencabar setiap kejuaraan yang ada di England.
Tidak cukup dengan itu, Conte secara terbuka menyifatkan Chelsea menyasarkan untuk mengelak musim buruk yang dialami ketika di bawah kendalian Jose Mourinho, di mana mereka gagal bersaing di peringkat Eropah walaupun meraih kejuaraan liga pada musim sebelumnya.
Dia juga terlibat dalam perang mulut dengan Mourinho baru-baru ini.
Kini, segala tindakan serta apa yang diperkatakan Conte terhadap individu lain mula memakan dirinya sendiri.
Sebelum menundukkan Brighton and Hove Albion 4-0 hujung minggu lalu, Chelsea hanya mengutip tiga gol daripada lima perlawanan tatkala Costa terus mengharungi kempen cemerlang dalam bulan pertama bersama Atletico Madrid apabila mencatat empat gol dan dua bantuan jaringan.
Kata-kata Conte terhadap Pochettino juga tampak mula memakan diri apabila bekas pengurus Juventus itu dilaporkan cuba mendapatkan tiga penyerang yang mungkin jauh daripada kredibiliti yang diperlukan Chelsea, iaitu Andy Carroll (West Ham United), Peter Crouch (Stoke City) dan Ashley Barnes (Burnley).

Mourinho tentunya individu paling gembira melihat kejatuhan Conte kerana tatkala Chelsea bergelut untuk mempamerkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan tahun ini dan cuba mendapatkan pemain-pemain yang tidak sepatutnya, United mencatat empat kemenangan berturut-turut serta memperoleh khidmat antara pemain terbaik dalam saingan EPL, Alexis Sanchez, dari Arsenal.
Masanya sudah tiba untuk Conte tidak sibuk menjaga tepi kain orang lain dan hanya fokus terhadap apa yang diamanahkan oleh Abramovich kepadanya atau dia mungkin terpaksa mengikut jejak langkah Mourinho ketika di Chelsea -- dipecat hanya semusim selepas menjulang kejuaraan liga.