Pasukan hoki Malaysia di ranking ke-13 dunia tewas kepada pasukan di ranking ke-32, Itali, 4-2 dalam aksi terakhir Kumpulan B dalam Kejohanan Pusingan Akhir Siri Hoki FIH.
Mengikut reputasi dan pengalaman The Speedy Tigers di peringkat dunia, Itali bukanlah lawan kita.
Gol daripada Faizal Saari dan Razie Abdul Rahim tidak cukup untuk membawa harapan Malaysia memimpin kumpulan B dan terus layak ke separuh akhir secara automatik.
Walaupun membelasah satu lagi negara yang mendewakan bola sepak, Brazil, 6-0 dalam aksi pertama, Malaysia gagal memanfaatkan peluang menundukkan China setelah sekadar seri 4-4.
Dengan empat mata di tangga kedua kumpulan, anak buah Roelant Oltmans itu terpaksa melecehkan diri untuk berdepan Wales dalam aksi ‘cross-over’ pada Rabu untuk peluang ke separuh akhir.
Pasukan dan penyokong Malaysia sememangnya tahu tentang cerita kecewa di final Sukan Asia 2018, setelah mendahului 5-2 dan kemudian kalah 3-1 menerusi penalti shoot-out kepada Jepun yang merampas impian Malaysia untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Kini, peluang kedua di depan penyokong sendiri di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil untuk layak ke temasya terbesar dunia itu, namun ‘Sudah cuba yang terbaik’ tidak cukup untuk ke Olimpik.
“Come on boys, good is not good enough. You need to be extraordinary! You can do it.”