Skip to main content

Rencana

Nombor 6 paling bertuah

17517paulpogba.jpg
Musim ini pasukan The Red Devils dilihat cukup sinonim dengan nombor 6. 

Dari awal bermula liga hingga tamatnya saingan musim 2016/17, pasukan bimbingan Jose Mourinho  dilihat  selalu dikaitkan dengan nombor 6. Malah, nombor 6 paling bertuah

Pertama, sudah tentu mengenai pemain berjersi nombor 6, Paul Labile Pogba. Pembelian Pogba dari Juventus merupakan rekod pembelian termahal dalam sejarah bola sepak dunia buat masa ini.

Ironinya, Pogba merupakan permata yang digilap di akademi Manchester United, namun dijual kepada Juventus sewaktu zaman Sir Alex Ferguson yang kemudian dibeli semula oleh Mourinho.

Kedua, pastinya kedudukan akhir The Red Devils dalam Liga Perdana Inggeris di tangga keenam di belakang Chelsea, Tottenham Hotspur, Manchester City, Liverpool dan Arsenal.

Di sebalik kegagalan meraih mata yang banyak dalam liga sehingga terperosok di tangga keenam, ada kemanisan di pengakhiran jalan cerita Manchester United musim ini.

Bermula dengan gelaran juara Perisai Komuniti,  diikuti pemenang piala EFL (Piala Liga Inggeris), seterusnya Mourinho berjaya membawa Red Devils layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan atas kuota selaku juara Liga Europa musim ini. 

Tiga piala dalam musim pertama sama-sekali tidak mendukacitakan.

Tambahan pula, Red Devils menewaskan Ajax Amsterdam 2 -0 di pentas final, sekaligus menghadiahkan pengakhiran yang lebih baik berbanding Arsenal yang sah tidak layak beraksi di pentas Liga Juara-Juara Eropah biarpun muncul juara Piala FA,  dan juga Liverpool yang perlu melalui playoff untuk layak beraksi.

Harus diingat, antara kelebihan dapat beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah ialah ia membuka minat bintang-bintang utama dunia untuk menyertai The Red Devils musim hadapan dan antara nama yang disebut-sebut adalah Antoine Griezmann, James Rodriguez dan juga pemain tengah Chelsea, Nemanja Matic. Sempurna!

Jadi, tidak keterlaluan jika Intan katakan Manchester United adalah pasukan yang menduduki kedudukan nombor 6 paling bertuah untuk musim ini

Advertisement

Must Watch Video