RENCANA
No.7 Manchester United
Siapa yang tidak kenal dengan figura bernama Eric Cantona - penyerang kelahiran Perancis yang mengecap kemasyhuran ulung bersama Manchester United sebelum bersara pada 1997 untuk beralih ke bidang lakonan.
Pengaruh kuat Cantona yang tidak memerlukan publisiti murahan - telah memudahkan kerjaya lakonannya diterima di negara kelahirannya menerusi filem sulung berjudul Elizabeth, lakonan bersama Cate Blanchett yang ditayangkan setahun kemudian.
Tempias fenomena yang menyerang seluruh dunia ini turut dirasai di Malaysia dimana penulis masih ingat abang-abang sibuk mendapatkan jersi Manchester United tertera Cantona 7 dibelakangnya. Asli atau tiruan? Penulis bukanlah pakar tetapi yang pasti, ia menjadi antara punca rezeki halal para peniaga kecil.
Iklan
Bukan itu sahaja, baju dan seluar sekolah juga ditempah khas dengan label 'Cantona 7' menjadi lambang kebanggaan. Bak kata mereka di zaman itu "kena denda tak pakai lencana sekolah tak mengapa, jangan baju dan seluar sekolah tak ada label Cantona 7". Tak percaya? Cari sahaja pautan Cantona 7 dan alam persekolahan lewat 90an di Google.
Seiring perubahan zaman, keterujaan tentang angka 7 didalam pasukan Manchester United juga mungkin berbeza dengan keadaan semasa. Biarkan yang berada di Old Trafford menulis sejarah, penulis pula kekal dengan pendirian - David Beckham dan Cristiano Ronaldo melengkapkan 3 terbaik dalam legasi no.7 Manchester United setakat ini.
Must-Watch Video