Panik seketika apabila ura-ura pasukan ternama, Kelab Hoki Sapura, mahu menarik diri, menjadi kenyataan. Pasukan Maybank pula tidak dapat mengesahkan penyertaan mereka setelah tarikh untuk pengesahan penyertaan liga ditutup.
Dua pasukan teratas Liga Divisyen 1 2016, TNB Thunderbolt dan Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI), pula menyatakan hastrat untuk kekal dalam Divisyen 1 untuk Liga Hoki Malaysia (LHM) 2017.
Inilah situasi permulaan yang dihadapi oleh Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), terutamanya Jawatankuasa Pertandingan, dalam menghadapi musim baru LHM 2017 yang akan berlangsung dari 6 Januari hingga 26 Februari depan.
LHM 2016 dan beberapa tahun sebelum itu boleh dikatakan hanya enam pasukan tetap yang menyertainya dan jika berkurangan pasukan, secara tidak langsung ia akan menyebabkan berkuranganya "glamour".
Penarikan diri Sapura sememangnya mendukacitakan peminat hoki negara -- pasukan yang begitu gah sejak tahun 2000 ketika pertama kali mereka menyertai LHM.
Penulis sendiri pernah meraih juara liga bersama Sapura selain ramai lagi pemain kebangsaan seperti Keevan Raj, Logan Raj, S. Kuhan dan banyak lagi yang pernah Sapura lahirkan.
Pembubaran pasukan ini juga melihat pemain pemain mereka, terutamanya pemain-pemain kebangsaan seperti Marhan Jalil, Izad Hakimi, Joel Samuel, Faiz Helmi dan Firhan Ashaari terpaksa mencari kelab lain pada saat-saat akhir.
Ada antara mereka yang terpaksa menerima tawaran gaji yang sedikit lebih rendah berbanding ketika mereka di Sapura.
Maybank pula memberikan sedikit kelegaan kepada KHM apabila pada saat-saat akhir tarikh tutup penyerahan borang penyertaan, pasukan itu sah mengambil bahagian selepas pihak pengurusan mereka meluluskan bajet untuk mereka menyertai LHM 2017.
Perbincangan juga telah dilakukan di antara KHM dan TNB berkenaan status SSTMI dan TNB Thunderbolt yang sepatutnya secara automatik dinaikkan ke Liga Perdana setelah kedua-duanya berjaya meraih dua tempat teratas Divisyen 1, LHM 2016.
Kedua-dua pasukan ini bernaung di bawah Program Thunderbolt Tenaga Nasional Berhad (TNB) selain pasukan Sekolah Sukan Bukit Jalil, Sekolah Seberang Temerloh, Pahang dan Sekolah Anderson, Ipoh, Perak.
Keputusan yang dibuat adalah keputusan yang tepat oleh TNB. Walaupun boleh dikatakan dua pasukan ini agak kekurangan pengalaman berada dalam Liga Perdana bersama pasukan-pasukan kelab elit di Malaysia, pengalaman yang akan mereka timba sudah tentu amat berguna nanti, terutamanya untuk SSTMI yang rata-rata pemainnya yang berumur 17 dan 18 tahun.
Pemain-pemain inilah nanti yang akan membawa cabaran pasukan remaja dalam Kelayakan Piala Remaja Asia 2019, seterusnya Piala Dunia Remaja 2020.
Pasukan terakhir yang diberi tiket ‘wildcard’ ke Liga Perdana adalah Universiti Institiut Teknologi Mara. Pasukan UiTM sebenarnya mempunyai ramai pemain muda, terutama daripada skuad Projek 2013.
Apa pun, ramai juga antara mereka ini mempunyai kontrak dengan kelab-kelab lain. Pemain mana yang akan mereka bariskan masih lagi menjadi tanda tanya.
Ketiadaan Sapura buat tahun 2017 sememangnya memberi kesan tetapi dengan penambahan tiga pasukan, yang menjadikan lapan pasukan yang akan bertanding dalam Liga Perdana TNB LHM berbanding enam pasukan dalam Liga Perdana 2016.
Lebih banyak pasukan yang bertanding, lebih baik dan sudah tentu akan memeriahkan lagi TNB Liga Hoki Malaysia 2017.
Tanpa Sapura juga, kita bakal melihat pasukan mana akan menjulang Piala Tan Sri P. Alegendra buat kali pertama selepas juara bertahan itu tidak beraksi.
Adakah Terengganu Hockey Team (THT) akan menyapu bersih semua trofi dipertandingkan? Ia pasti menarik untuk disaksikan.
Selamat maju jaya kepada semua pasukan!