"Impian menjadi kenyataan dapat bersalam dan bercakap dengan Nicol David," kata seorang peserta, Munirah, yang masih terkejut dan agak terharu selepas bertemu idolanya di karnival sukan di Kompleks Sukan Astaka MBPJ kelmarin.
Nicol David yang berpangkalan di Amsterdam, Belanda hanya kembali ke tanah air beberapa kali setahun untuk kejohanan dan perayaan Hari Natal.
"Selalunya saya hanya dapat melihat Nicol di keratan akhbar dengan gambar yang menunjukkan otot-ototnya dan kekuatan fizikal. Hari ini, saya dapat melihat Nicol di hadapan mata sendiri dan Nicol memang wujud” kata sukarelawan dari Universiti Malaya, Alvin.
Ratu skuasy negara itu meluangkan masa bersama kanak-kanak yang kebanyakannya kanak-kanak kurang mampu dari rumah kebajikan di sekitar Lembah Klang, antaranya Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Rumah Victory, Desa Amal Jireh, St. Barnabas Home dan Ti-Ratana & Welfare Society.
Melalui program Through Sports We Care (TSWC) oleh Sports Warrior Global, kanak-kanak diberi peluang dan bimbingan untuk berkecimpung dalam sukan terutamanya sukan skuasy.
Melalui karnival sukan dan klik skuasy 17 September lalu, majoriti kanak-kanak dari rumah kebajikan mempelajari sukan skuasy buat kali pertama. Selain acara larian ‘Heart’athon Run 2016 pada 13 November lalu di Edu-Park, Universiti Putra Malaysia.
"Objektif program TSWC memang tepat dengan misi sukan negara untuk mencari bakat baru dan menjadikan sukan sebagai platform untuk membina karakter positif.
"Selain itu, saya bangga melihat para pelajar universiti dan komuniti hadir untuk membantu dalam menjayakan program sukan komuniti ini dan sekaligus menyatupadukan masyarakat berbilang kaum." kata Nicol, yang turut gembira melihat sukarelawan dari Astro Arena.
Lebih kurang 300 peserta diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti skuasy, bola sepak, frisbee dan aktiviti kepimpinan selain pasukan Institut Sukan Negara (ISN) memperkenalkan beberapa aktiviti sains sukan yang sememangnya menarik minat peserta untuk mencuba.
Nicol, juara dunia lapan kali inginkan legasinya berterusan dan memuji initiatif penyokong utama program TSWC, Team Malaysia, dalam memberi peluang kepada kesemua komuniti yang datang dari latar belakang yang berbeza untuk mendekati diri dalam sukan dengan harapan lebih ramai juara dapat di kenal pasti.