Nicol David 1.0 akan sentiasa dikenang selama-lamanya.
Namun Nicol David 2.0 akan membawa rakyat Malaysia kepada satu pengalaman yang lebih istimewa.
Ini tekad ratu skuasy negara, juara dunia lapan kali dan pemain no. 1 dunia lebih dari sembilan tahun iaitu ikon sukan kesayangan Malaysia, Datuk Nicol David.
Kepantasan dalam gelanggang, kekuatan mental mengharungi segala cabaran, dan skil yang digeruni pihak lawan menjadi aset pemain kelahiran Pulau Pinang ini menakluki sukan skuasy antarabangsa.
Namun, selepas lebih daripada 10 tahun menjuarai segala kejohanan yang dipertandingkan di serata dunia, tahun ini tiada sebarang kejuaraan yang dicapai Nicol. Tahun 2016 kosong untuk Nicol.
Kecewa. Hanya Nicol yang tahu betapa peritnya perasaan itu.
Acap kali bertanding harapan lebih daripada 30 juta rakyat Malaysia dibahu pemain ini yang muncul juara skuasy pada usia tujuh tahun.
Selepas 26 tahun dan masih menabur keringat demi nama negara, adakalanya Nicol berasa tersangat keseorangan apabila jauh dari keluarga dan rakan-rakan di Malaysia selepas mengambil keputusan penting untuk menjadikan Amsterdam, Belanda sebagai pangkalan latihan 14 tahun lalu.
"Banyak yang saya pelajari tentang diri sendiri tahun ini. 2016 tahun yang sukar. Namun Nicol yang dahulu akan saya jadikan teladan. Teruslah menyokong saya rakyat Malaysia, Nicol David 2.0 akan tampil lebih hebat bermula tahun baru 2017", kata Nicol dengan nada positif dan bersemangat.
Dalam temubual eksklusif hati ke hati bersama Nicol, perasaan penulis bercampur aduk. Perasaan bangga, gembira dan adakalanya sedih, sebak dan kasihan apabila mendengar perkongsian Nicol tentang kehidupannya sebagai seorang atlet elit negara.
Setiap prestasi dan gerak-gerinya diperhatikan rakyat Malaysia mahupun seluruh dunia sepanjang masa.
Inilah kehidupan seorang atlet ternama dunia yang lain daripada yang lain.
Adakah sukar untuk menjadi Nicol David?
Untuk mengetahui apa jawapan Nicol, ikuti temubual eksklusif hati ke hati penulis bersama Nicol David di Nadi@1 pada 1 tengah hari, Sabtu ini.