Malang sungguh nasib bekas kapten Brazil, Neymar.
Sudahlah dilucutkan daripada tugasan kapten, terpaksa pula menanggung kecederaan dan berkemungkinan akan terlepas aksi Copa America di kampung halamannya sendiri bulan depan.
Musim ini bukanlah musim terbaik buat Neymar dan boleh juga dikatakan musim yang malang buat pemain termahal dunia itu -- dengan nilai perpindahan €222 juta (RM1.03 bilion) daripada Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG) pada Ogos 2017.
Awal tahun ini, Neymar terpaksa diusung keluar ketika aksi pusingan 32 Coupe de France di mana PSG menewaskan Strasbourg 2-0.
Dia disahkan mengalami keretakan metatarsal di kaki kanannya dan terpaksa berehat selama hampir tiga bulan.
Dalam tempoh itu, dia hanya dapat melihat pasukannya diaibkan Manchester United dalam perlawanan kedua pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah -- United bangkit untuk menang 3-1 di Paris walaupun tewas 0-2 dalam perlawanan pertama di Old Trafford.
Sudahlah pasukannya tersingkir tanpa dia dapat beraksi, Neymar kemudian digantung tiga perlawanan oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) gara-gara kelancangannya mengkritik mutu pengadilan di laman sosial.
Selepas selesai menjalani pemulihan, Neymar sempat beraksi untuk aksi final Coupe de France pada 27 April lalu, namun hanya untuk ditewaskan Rennes dalam penentuan sepakan penalti walaupun dia menjaringkan satu gol sebelum Rennes bangkit mengikat kedudukan 2-2.
Lebih mengaibkan lagi, dia didapati menumbuk seorang penyokong lawan dan digantung tiga perlawanan domestik pula, yang menyaksikan dia menamatkan musim lebih awal dan terlepas dua perlawanan terakhir Ligue 1 selepas disahkan bersalah.
Ia bermakna Neymar akan terlepas perlawanan pembukaan Ligue 1 musim depan selain tiga perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah.
Tidak cukup dengan malang di peringkat kelab, nasib itu berpanjangan sehingga ke peringkat antarabangsa juga.
Sabtu lalu, Neymar dimaklumkan oleh ketua jurulatih Brazil, Tite, bahawa dia akan dilucutkan daripada tugas kapten yang akan digalas oleh rakan sepasukannya di PSG, Dani Alves.
Genap sehari selepas berita itu didedahkan, dia dilanda kecederaan lutut kiri ketika menjalani latihan menendang bersama skuad Selecao itu.
Ia memungkinkan bintang penyerang itu terlepas saingan Copa America yang akan bermula dua minggu lagi.
Lebih merugikan lagi, kempen kali ini berlangsung di negaranya sendiri dan khidmatnya pasti ditagih untuk Brazil menamatkan kemarau kejuaraan yang kali terakhir dimenangi pada 2007 itu.
Benarlah kata pepatah, sudahlah jatuh, ditimpa tangga pula.