Skip to main content

Rencana

Ndombele perkuat jentera tengah Spurs

ndombele_2.jpg
Selepas terlepas kejuaraan Eropah kepada Real Madrid, Jurgen Klopp berazam untuk menebus kekecewaan tersebut dan kembali ke jendela perpindahan yang berjaya mengubah nasib kelab kendaliannya.

Berazam untuk bangkit daripada kekalahan dalam aksi terpenting dalam karier sebagai pengendali, Klopp terus diberikan kepercayaan oleh kelabnya.

Kelab itu tidak meletakkan sasaran untuk mengakhiri musim tanpa sebarang trofi. Kurang daripada 48 jam tewas 3-1 di tangan Real, Liverpool mendapatkan khidmat Fabinho dari AS Monaco.

The Reds juga tidak memiliki pemain tengah bertahan sejak Javier Mascherano berhijrah menyertai Barcelona. Klopp terus berbelanja sebanyak EURO130 juta (RM596 juta) untuk mendapatkan Naby Keita, Xherdan Shaqiri dan Alisson Becker bagi memperkuatkan pasukan.

Impak yang dipamerkan Fabinho membenarkan pasukan beraksi cemerlang sepanjang musim, Liverpool menamatkan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di tempat kedua dan berjaya menjulang gelaran Liga Juara-Juara (UCL) buat kali keenam ketika mengatasi Tottenham Hotspur 2-0 dalam final.

Apabila Spurs mengumumkan bahawa kelab telah berjaya mendapatkan khidmat pemain tengah, Tanguy Ndombele, mustahil untuk tidak mengatakan mereka telah mengambil langkah yang sama seperti The Reds.

Di sebalik menjadi pemain yang berpotensi untuk mengubah corak permainan pasukan, ia merupakan niat Spurs mendapatkan pemain tengah yang sedang meningkat naik dalam dunia bola sepak.

Kelab London Utara itu tidak aktif dalam tiga jendela perpindahan, namun selepas kehadiran pemain kebangsaan Perancis itu, penyokong menyedari ia merupakan sesuatu yang berbaloi untuk dinantikan.

Kehadiran Ndombele merupakan permulaan buat Spurs dalam perancangan untuk mendapatkan lagi khidmat pemain-pemain baru. Tumpuan mereka kini terarah pencapaian yang lebih baik dalam saingan EPL sementara kembali ke pentas final UCL.

Kualiti yang dimiliki pemain berusia 22 tahun itu sesuatu yang diperlukan Spurs, mereka kini seakan-akan dapat mencari pengganti Moussa Dembele selepas pemain kebangsaan Belgium itu berkelana ke China pada pertengahan musim.

Kemampuan Ndombele yang kemas ketika mengawal bola sementara bijak melakukan hantaran sementara memiliki kemahiran teknikal yang tinggi.

Max Aarons, Giovani Lo Celso, dan Ryan Sessegnon merupakan antara sasaran yang berpotensi ditandatangani Spurs, usaha yang dilakukan adalah bertujuan untuk mengurangkan jurang 27 mata dengan juara liga musim lalu, Manchester City.

Mauricio Pochettino tidak pernah berselindung apabila membincangkan aktiviti perpindahan sementara enggan memberikan komitmen jangka masa panjang kepada kelab. 

Kehadiran Ndombele bakal melonjak motivasi setiap individu dalam kelab untuk terus kekal bersama kelab dan berkemungkinan besar menjadi faktor Pochettino sebahagian daripada pelan jangka masa panjang pasukan tersebut.

Secara ringkasnya, kehadiran Fabinho menebus kekecewaan dalam saingan UCL tahun lalu dan Liverpool melangkah drastik berbelanja bagi mendapatkan pemain yang benar-benar sesuai untuk pasukan. Dia telah berjaya menjadikan jentera tengah The Reds berupaya menjuarai gelaran pertama tujuh tahun yang lalu.

Selepas meratapi kekalahan di pentas final, Spurs dijangka menempuhi haluan yang sama dan kehadiran Ndombele dilihat sebagai permulaan yang terbaik buat Spurs dan Pochettino barisan skuad yang berkualiti.

Advertisement

Must Watch Video