Skip to main content

Rencana

"Nasib baik" berlaku apabila persediaan bertemu peluang

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

scotland-inspired-by-murray-heroics-fletcher.jpg
"Nasiblah dia jadi pemain nombor 1 dunia","gol tu gol nasib je!" dan macam-macam lagi.

Nasib selalu juga dikaitkan dengan kemenangan dalam sukan. Namun, jika kita tinjau dengan lebih mendalam, nasib baik tidak berlaku dengan mudah. Ia boleh didefinisikan apabila persediaan bertemu peluang.

Baru-baru ini, pemain tenis Scotland, Andy Murray, melakar sejarah untuk Great Britain apabila dinobat sebagai pemain tenis lelaki nombor 1 dunia.

Murray mengambil alih takhta teratas dunia itu daripada Novak Djokovic selepas layak ke final Paris Masters tanpa mengangkat raket di separuh akhir setelah lawannya Milos Raonic menarik diri.

Djokovic pula tewas awal di suku akhir membolehkan Murray mencapai kejayaaan bermakna itu.

Ramai mengatakan Andy bernasib baik, namun katanya mungkin ada yang lupa betapa sukarnya untuk mencapai kedudukan teratas dunia setelah menunggu tujuh tahun dan dua bulan sebagai pemain nombor 2 dunia.

Nyatanya lagi, menjadi pemain nombor 1 dunia kini lebih bermakna kerana terpaksa bekerja keras untuk menuju ke arah visi itu apatah lagi di kelilingi oleh para pemain tenis berbakat seperti Novak Djokovic, Stan Wawrinka, Kei Nishikori, Rafael Nadal dan ramai lagi.

Jelas sekali, Andy cukup bersedia dalam mengambil peluang sebaik mungkin dan menjadi pemain nombor 1 dunia.

Dalam satu lagi situasi dengan pelbagai reaksi ialah kejayaan pemain Mesir, Karim Gawad, menjuarai Kejohanan Dunia di Cairo baru-baru ini.

Karim merupakan pemain yang mempunyai skil tinggi, kreatif dan kekuatan stamina. 

Beberapa tahun lalu, pemain berusia 25 itu sering mengambil bahagian di Kejohanan PSA di Kuala Lumpur yang disediakan untuk pemain-pemain muda dan jarang sekali
meraih kejuaraan.

Mungkin kerana profil yang kurang memberangsangkan ramai peminat menganggap kejayaan Karim sebagai juara dunia 2016 sebagai bernasib baik.

Ini kerana Karim yang mendahului lawannya di final yang juga bekas pemain nombor 1 dunia dan pernah menjadi juara dunia tiga kali terpaksa menarik diri kerana kecederaan di perlawanan keempat lalu memberi kemenangan kepada Karim.

Tetapi kebanyakan rakan seangkatan dan jurulatih tersohor skuasy dunia mempunyai pendapat yang berlainan.

Mereka melihat Karim sebagai 'late bloomer' iaitu atlet yang berkembang menjadi pemain elit agak lambat.

Kemenangan Karim ke atas pemain nombor 1 dunia, Mohamed El Shorbagy, dalam aksi sengit 90 minit di separuh akhir jelas membuktikan pemain yang berasal dari Alexandria itu setaraf pemain terbaik dunia dan rankingnya melonjak naik ke tempat ke 3 dunia.

Kejayaan Goh v Shem/Tan Wee Kiong merangkul pingat perak di Sukan Olimpik Brazil dan kini beregu lelaki badminton nombor 1 dunia sudah pasti bukan nasib semata-mata.

Mereka mengerah keringat sejak kecil lagi untuk muncul yang terbaik di dunia.

Jelas terbukti dan berdasarkan  kajian dan pendapat profesional, di dalam konteks sukan, nasib baik tidak menjelma begitu sahaja. Ia hadir daripada usaha keras dan persiapan rapi atlet yang mengambil peluang yang terhidang.

Oleh itu nasihat kepada para atlet negara, 'jangan menanti bulan jatuh ke riba'.

Kejayaan dan nasib  baik akan berlaku dengan kerja keras dan usaha pro aktif.

Advertisement

Must Watch Video