Sebut saja Liga Hoki Malaysia pastinya ramai peminat hoki tempatan yang tidak sabar menantikan kehadiran nama besar import bertaraf dunia bagi kempen 2018 selepas beberapa musim kebanyakkannya hanya dibanjiri pemain dari Korea Selatan dan Pakistan.
Daripada enam pasukan Liga Perdana 2018 hanya TNB dan TNB Thunderbolts saja tidak menggunakan kepakaran asing.
Selebihnya iaitu juara bertahan KLHC, Terengganu Hockey Team (THT), Universiti Kuala Lumpur (UniKL) dan Maybank semuanya mengadun kepakaran asing dan tempatan bagi mengukir kejayaan.
Dan pastinya perebutan kali ini menjanjikan saingan lebih sengit apatah lagi dengan keputusan tiga kelab tersebut yang sanggup berbelanja besar dalam melengkapkan kuota enam import dengan barisan pasukan Maybank masih menjadi tanda tanya.
THT menerajui senarai pasukan paling berbelanja besar apabila menyambar empat pemain import Argentina diketuai pakar flick nombor satu dunia Gonzalo Peillat, Joaquin Menini, Pablo Javier Trevisan dan Barreiros Lopez.
Sementara pemain import dari Jerman, Moritz Erhand dan Ammad Shakeer Butt dari Pakistan melengkapkan himpunan barisan pemain bintang pasukan juara Piala TNB empat musim berturut-turut itu.
KLHC yang bertekad kembali menjulang juara keseluruhan pula memancing tiga bekas pemain Australia Nick Budgeon, Matthew Willis dan Josh Pollard bersama Tom Carson (Great Britain) dan bekas penjaring terbanyak MHL 2017 iaitu Jang Jong Hyun dari Korea Selatan yang diikat daripada THT.
UniKL turut tidak ketinggalan apabila memborong penjaga gol utama Ireland dan Penjaga Gol Terbaik Dunia 2 tahun berturut turut David Harte, pertahanan Belanda Sander de Wijn dan Jeroen Hertzberger serta tiga tonggak Australia Glenn Turner, Timothy Deavin dan Kieran Govers.
Mungkin faktor tempoh perjalanan liga yang lebih singkat dan tidak bertindih dengan mana-mana kejohanan utama membawa kepada kesudian pemain ternama dunia ini membanjiri saingan terulung negara ini.
Malah, paling mencuri tumpuan sudah tentu kejayaan THT mengikat Peillat yang boleh diibaratkan seperti Lionel Messi bagi sukan hoki dan menariknya Peillat juga berasal daripada Argentina.
Namun, ketika semua mata tertumpu terhadap kemampuan pemusnah pukulan sudut penalti Peillat, saya turut tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan kemahiran menggelecek 3D Joaquin Menini yang dianggap antara penyerang terbaik dunia masa kini.
Saya percaya dengan kehadiran beberapa nama besar dapat memeriahkan lagi saingan MHL 2018 berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Kali terakhir liga nombor satu negara kita ini dihiasi import berkualiti adalah antara tahun 1990-an sehingga awal tahun 2000
Ketika itu saya beraksi bersama pasukan pasukan seperti Bank Simpanan Nasional, Yayasan Negeri Sembilan,, MBF, Erns & Young dan pasukan pasukan ini diperkuatkan dengan kemunculan penyerang sensasi India, Dhanaraj Pillay dan pakar pukulan sudut penalti nombor satu dunia dari Pakistan Sohail Abbas.
Pemain import lain yang turut menghangatkan saingan ketika itu adalah Berek Kazi buat pasukan Detas Pahang selepas itu bersama MBF sementara Yayasan Negeri Sembilan pula diperkuatkan oleh ketua pasukan India Pargat Singh yang dibawa secara pakej bersama Mukesh Kumar dan Jude Felix.
Tetapi kebanjiran import sewaktu itu hanya beberapa pasukan saja berkemampuan untuk memakai satu atau dua import.
Sekarang ini ia seperti 'trend' kerana ada pasukan yang sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan import dan pasukan Divisyen 1 seperti Kedah Hockey Team-NI turut tidak terlepas daripada membuat pelaburan itu.
Persoalannya kini adakah pemain tempatan mampu menyinar dengan kehadiran pemain import ternama ini, sudah tentu saya berharap pemain-pemain kita mengambilnya sebagai satu cabaran.
Malah, trend ini ada kebaikan dan keburukannya tersendiri, mengambil contoh Faizal Saari di THT dan Razie Rahim di KLHC... Kedua-dua pakar pukulan sudut penalti negara itu kini perlu bersaing bagi merebut status itu bersama Peillat dan Jang.
Apapun, saya percaya saingan Liga Perdana musim ini bakal menjadi perebutan tiga penjuru antara KLHC, THT dan UniKL, bukan hendak menafikan kemampuan tiga pasukan lain, tetapi ketiga-tiga pasukan pilihan ini mempunyai barisan lengkap daripada kesebelasan utama hingga ke bangku simpanan.
Begitupun, mereka haruslah sedikit berwaspada dengan ancaman yang akan diberikan TNB yang boleh dianggap sebagai pasukan kuda hitam kali ini kerana barisan tempatan yang dimiliki mereka tidak kurang hebatnya.