Belgium mempamerkan kebangkitan terhebat dalam saingan Piala Dunia 2018 setakat ini apabila memadamkan kelebihan dua gol Jepun untuk menang 3-2, sekali gus mengesahkan tiket ke suku akhir di Russia.
Berdasarkan rekod pertemuan terakhir di antara kedua-dua pasukan sebelum ini, Roten Teufel lebih unggul setelah gol tunggal Romelu Lukaku membolehkan mereka menewaskan The Blue Samurai 1-0 dalam aksi perhabatan pada November tahun lalu.
Bagaimanapun, anak-anak buah Akira Nishino itu seakan-akan mahu memadamkan status pilihan yang dipegang Belgium apabila mendahului 2-0 di Rostov hasil jaringan Genki Haraguchi dan Takashi Inui.

Malangnya, keghairahan mencari gol dan nafsu yang menebal untuk terus menyerang akhirnya menjerat Jepun apabila Jan Vertonghen, Marouane Fellaini dan Nacer Chadli memadamkan kelebihan itu. Lebih perit, jaringan Chadli hadir tatkala aksi berbaki kurang daripada 15 saat.
Ya, selaku wakil daripada Asia yang sering gagal melangkah jauh, tanpa disedari cabaran paling getir buat Jepun adalah mempertahankan kelebihan jaringan yang dimiliki, lebih-lebih lagi apabila mereka mendahului dua gol ketika berdepan Belgium, sebuah pasukan yang dikatakan berpeluang besar untuk menjuarai saingan di Russia.
Ternyata anak-anak buah Nishino terlupa mengenainya dan terus leka mengatur serangan demi serangan untuk menambah jumlah gol.

Sebaliknya, apakah yang dilakukan pengurus Belgium, Roberto Martinez, apabila ketinggalan?
Dia pantas menyedari satu logik yang mampu dipadamkan dalam skuad Jepun walaupun mungkin terpaksa mengorbankan prinsip yang dipegang sejak awal kempen Piala Dunia 2018.
Belgium mengharungi peringkat kumpulan berteraskan permainan pantas, kelajuan individu dan kelebihan fizikal.
Namun, memandangkan Jepun tampak begitu selesa mempamerkan corak permainan tidak memegang bola dengan lama dan lebih cepat menutup segenap ruang sebelum Dries Mertens, Yannick Carrasco dan Eden Hazard melakukan larian, Martinez segera memasukkan Fellaini dan Chadli yang memiliki kelebihan daripada segi fizikal.

Ternyata percaturan itu berbaloi apabila jaringan Vertonghen dan Fellaini hadir menerusi tandukan dan ketika Jepun tampak terlalu berhati-hati selepas kedudukan terikat 2-2, Belgium pantas menggunakan kesempatan untuk melakukan serangan balas sehingga memberikan gol kemenangan buat mereka.
Apa yang dapat dilihat, keputusan pertemuan di antara Jepun dan Belgium diraih menerusi kemampuan mengawal setiap situasi di atas padang, tidak kira sewaktu mendahului atau ketinggalan.

Jepun mungkin mengharungi kempen terbaik mereka di pentas Piala Dunia tetapi pengalaman beraksi di pentas lebih besar telah memberikan kelebihan buat anak-anak buah Martinez.
Dalam aksi yang getir, nafsu telah menjerat Jepun sambil logik menjadi pembantu buat Belgium.