Skip to main content

Advertisement

Rencana

Nadal suka korek seluar

rafaelnadal-cropped_zul42iazbky91o7cv3lp9r07b.jpg
Rafael Nadal mendominasi dunia tenis dengan ritual luar biasa. 

Pemain 33 tahun dari Sepanyol ini baru sahaja menjuarai Grand Slam tenis Terbuka Perancis buat kali ke 12.

Kadang-kala amalan yang dilakukan Nadal memang tidak masuk akal dan dijadikan bahan jenaka, tetapi anak didik Toni Nadal dan Carlos Moya ini telah membuktikan kehebatan dan pernah berada di ranking nombor satu dunia, juara 18 Grand Slam, juara 82 kejohanan ATP dan pemenang pingat emas Olimpik 2008. 

Mungkin atlet Malaysia juga perlukan ritual tersendiri untuk menang dan menarik perhatian dunia.

Daripada mandi di bilik mandi yang sama, susun botol di tempat yang sama sehingga tidak mahu pijak garisan di gelanggang, mari kita tinjau apa ritual Nadal yang memberi keyakinan kepadanya untuk menguasai dunia tenis. 

1. Tabiat sebelum servis
Ini boleh dikatakan jenama Rafael Nadal. Orang kata “Kalau tak buat, perut sakit”. Sebelum servis, Nadal akan betulkan seluar-betulkan baju sebelah kiri-betulkan baju sebelah kanan-pegang hidung-betulkan rambut sebelah kiri-pegang hidung lagi-betulkan rambut sebelah kanan-baru buat servis. Lawan tunggu sampai tertidur!

2. Mandi di bilik mandi yang sama
Jika di Roland Garros, Nadal akan pilih bilik mandi terakhir di sebelah kanan bilik persalinan setiap kali, tahun demi tahun.

3. Atur botol minuman di tempat yang sama
Satu botol minuman bertenaga dan satu botol mineral akan disusun di sebelah kaki kiri dan label jenama berhadapan antara satu sama lain. Selepas minum, botol akan diletak di posisi sama. 

4. Mengelap peluh selepas setiap mata
Pemain kelahiran Manacor ini, akan meminta tuala dari ‘Ball boy’ dan mengelap peluh selepas menang atau kalah setiap mata. Juga cara dia kembalikan fokus. 

5. Kaki kanan untuk melepasi garisan
Selain memberi laluan dahulu kepada lawan semasa menukar gelanggang, Nadal akan pastikan kaki kanannya akan ke hadapan dahulu untuk melintasi garisan gelanggang. 

6. Kad identiti kejohanan mengadap ke atas
Sambil kebiasaan mesti memegang satu raket di tangan kiri apabila masuk gelanggang, Nadal akan pastikan kad identiti yang disangkutkan di bagnya diatur di atas kerusi dan mesti mengadap ke langit. Tengok Feng Shui kot!

Advertisement

Must Watch Video