Saingan Liga Perdana Inggeris musim 2020/2021 sudah pun membuka tirai minggu lalu dengan beberapa pasukan besar seperti Liverpool, Chelsea dan Arsenal berjaya mengutip tiga mata pada perlawanan pertama mereka.
Masih ada beberapa pasukan yang belum memulakan aksi mereka seperti Manchester United dan Manchester City. Namun, apa yang Dayang nak sembangkan tentulah mengenai pasukan pilihan Dayang, The Red Devils.
United melalui satu musim yang cukup memberangsangkan dengan menduduki tempat ketiga liga, selain mara dalam tiga separuh akhir bagi merebut piala.

Biarpun tiada sebarang trofi berjaya diraih, namun kecemerlangan dapat ditunjukkan terutama sekali tidak tewas dalam 14 perlawanan liga. Ia secara tidak langsung memberikan tekanan kepada Ole Gunnar Solskjaer untuk membawa United sebagai salah satu pasukan untuk mencabar kejuaraan liga.
Bagaimanapun, dengan masih mempertaruhkan pemain tonggak yang sama, hanya kehadiran Donny Van De Beek sahaja yang memberikan lebih pilihan buat United di bahagian tengah, banyak pihak sudah mempersoalkan keupayaan OGS biarpun United belum pun beraksi waima satu perlawanan liga musim ini.
Relaks lah, tak main pun lagi tau, baru sarung jersi merah dan jersi ketiga hitam putih yang cantik tu dalam perlawanan persahabatan je, jangan lah kecam United awal sangat.
Sebenarnya kritikan dan tekanan itu hadir selepas United dilihat masih mempertaruhkan barisan pemain yang hampir sama di setiap posisi kecuali tengah. Yang heboh hanyalah gosip perpindahan namun macam biasalah, indah khabar dari rupa. Impian memang besar nak dapatkan pemain ternama, tapi akhirnya nanti hanya berharap sahajalah.
Jadi macam mana ni guys? Adakah pasukan United akan menyinar di musim baru 2020/2021 ni? Atau mungkin United akan melalui satu lagi fasa pertukaran jurulatih andai pasukan gagal tampil konsisten?
Pendapat peribadi Dayang, Manchester United amat memerlukan kemenangan dalam perlawanan pertama menentang Crystal Palace,andai tiga mata berjaya diraih, keyakinan pasukan akan meningkat dan barulah konsistensi akan hadir. Biarpun tanpa pemain baru selain DVDB, Dayang masih mempercayai pemain sedia ada punya kualiti yang cukup untuk mengembalikan semula kegemilangan United.