Kejayaan Ajax Amsterdam muncul juara Liga Eredivisie adalah sesuatu yang diduga bagi peminat Liga Belanda. Namun, tiada siapa yang menyangka bahawa Ajax mampu melangkah sejauh itu dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.
Diundi berdepan juara bertahan, Real Madrid, di peringkat 16 terbaik, banyak pihak beranggapan bahawa perjalanan Ajax akan terhenti disitu sahaja. Namun realitinya berbeza, tewas 1-2 dalam pertemuan pertama di laman sendiri, Ajax bangkit di Santiago Bernabeu membenam Los Blancos 4-1 dan terus mara ke suku akhir dengan agregat 5-3.
Ajax yang dibarisi ramai pemain muda diundi berdepan Juventus di peringkat suku akhir. Sekali lagi, mereka berjaya melakar kejutan dengan menang agregat 3 – 2 hasil kemenangan perlawanan kedua di tempat lawan 2-1 selepas sekadar terikat seri 1-1 dalam perlawanan pertama.
Di separuh akhir, Ajax berdepan salah sebuah pasukan gergasi Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur, dan seperti biasa, mereka berjaya menang perlawanan pertama di tempat lawan 1-0 hasil jaringan Donny Van de Beek.
Dalam aksi timbal balik, segalanya nampak sempurna selepas tamat babak pertama apabila Ajax berjaya mendahului 2-0 hasil jaringan Matthijs De Ligt dan Hakim Ziyech. Dengan mendahului 3-0 secara agregat, pasti ramai percaya perlawanan itu akan berpihak kepada Ajax yang tidak henti-henti melakukan kejutan ke atas kelab-kelab besar.
Bagaimanapun, skrip berbeza untuk kali ini. Perbezaan pengalaman bermain di pentas besar selain faktor tuah ternyata memihak kepada Tottenham. Di sebalik ketiadaan Harry Kane, Lucas Moura meledakkan hatrik untuk membawa Spurs mara ke pentas final buat pertama kali.
Namun, itu bukanlah satu pengakhiran duka buat Ajax kerana mereka diraikan lebih 100 ribu penyokong setia mereka atas pencapaian musim 2018/19. Dalam masa sama, harus diingat bahawa ramai pemain Ajax yang sedang meningkat naik kini diintai kelab kelab besar dan ini semestinya memberi peluang kelab untuk mendapat dana yang besar bagi memperkuatkan pasukan musim hadapan.