REAL MADRID tersembam dalam kekalahan 3-0 kepada Barcelona dalam pertembungan El Clasico di Santiago Bernabeu, Sabtu lalu, yang segera mencetuskan persoalan mengenai masa depan pengurusnya, Zinedine Zidane, di kelab ibu kota Sepanyol itu.
Seakan-akan pada waktu yang sama, tersebar khabar angin kononnya Antonio Conte akan meninggalkan Chelsea pada penghujung musim ini dan sedia menimbangkan tawaran daripada kelab-kelab terkemuka dunia.
Apakah ia satu kebetulan atau ia memang perancangan Los Blancos untuk membawa pengurus The Blues itu bagi meneruskan legasi kecemerlangan Madrid yang hampir pasti akan terlucut mahkota La Liga musim ini?
Masa depan Zidane di Real Madrid kini tidak menentu selepas kekalahan kepada Barcelona itu yang membuka jurang 14 mata di antara kedua-kedua kelab berkenaan – menjadikan misi mereka mempertahankan kejuaraan LaLiga sesuatu yang hampir mustahil ketika ini.
Laporan media di Sepanyol mencadangkan Zidane berkemungkinan dipecat gara-gara itu.
Majalah mingguan bola sepak Sepanyol, Don Balon, mendakwa Presiden Real Madrid, Florentino Perez, semakin keliru dengan keputusan Zidane dalam menentukan kesebelasan pilihannya dan berura-ura untuk menggantikan jurulatih berbangsa Perancis itu.
Dengan masa depan Zidane dalam persoalan, peramal bola sepak kini menonjolkan Mauricio Pochettino dan Carlo Ancelotti selaku calon pengganti.
Dalam pada itu, jangan ketepikan peluang Conte yang secara senyap-senyap memendam impian untuk bergelar pengurus pasukan juara Liga Juara-Juara bersama The Galacticos.
“Conte mahu memenangi Liga Juara-Juara – itu memang objektif utamanya,” kata wartawan, Duncan Castles, melalui podcast Transfer Window. “Dia mahu membuktikan dirinya sebagai seorang pemenang Liga Juara-Juara selaku pengurus.
“Tidak syak lagi tugas melatih Real Madrid sangat menarik minatnya kerana ia menawarkan peluang terbaik untuknya memenangi Liga Juara-Juara sebagai seorang jurulatih.
“Ejennya telah berusaha keras menonjolkan Conte selaku calon untuk mengambil alih di Paris St-Germain tapi dia bukanlah pilihan pertama di kelab ibu kota Perancis itu.”
Conte mengemudi Chelsea untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris pada musim pertama dia membimbing kelab London itu tetapi musim keduanya ternyata lebih sukar.
The Blues kini tersingkir daripada perebutan tangga teratas dengan jurang besar yang dibuka oleh Manchester City tetapi kelab itu masih berada di landasan unuk terus bersaing dalam Liga Juara-Juara dan Piala FA di samping sudah menempah tempat dalam separuh akhir Piala Carabao.
Namun, menurut Castles, sekalipun memenangi satu trofi musim ini, Conte akan tetap meninggalkan London.
“Perancangan Conte ialah untuk meninggalkan Chelsea pada penghujung musim nanti – kalau pun dia mampu bertahan selama itu.
“Kelihatannya dia akan mampu bertahan tapi tidak akan lebih lama daripada penghujung musim ini dalam memburu cita-cita besarnya memenangi Liga Juara-Juara,” kata Castles lagi.
Conte selaku pengurus Real Madrid – ia harus bukan satu idea yang jelek.