Pasti ramai yang menyaksikan pertemuan di antara Malaysia dan Brunei dalam Kumpulan A bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 di Stadium Shah Alam semalam yang berkesudahan dengan skuad negara menang 2–1.
Namun, sejujurnya, bagaikan ada yang tidak kena dengan persembahan anak-anak buah Datuk Ong Kim Swee dalam perlawanan itu.
Ini adalah perlawanan pertama dan penulis bmerasakan tekanan berat yang dipikul selaku tuan rumah mungkin menjadi faktor utama kegugupan pemain-pemain bawah 22 tahun negara.
Biarpun stadium hanya ada sekelumit penonton, namun pemain-pemain pasti sedar bahawa jutaan peminat menyaksikan aksi mereka di kaca tv yang dibawakan secara langsung oleh Astro Arena.
Jika diikutkan, Malaysia sepatutnya mudah meratah Brunei berdasarkan kualiti individu yang dimiliki setiap pemain kita, ditambah pula kita berjaya meledakkan gol cantik seawal minit keempat perlawanan.
Namun, selepas gol penyamaan Brunei, skuad kita dilihat terikut-ikut rentak pihak lawan sehingga tidak mampu bermain dengan tersusun. Adakah disebabkan ini adalah perlawanan pertama?
Di babak kedua, persembahan Malaysia dilihat sedikit teratur dalam menjana serangan, namun banyak peluang terhidang disia-siakan sehinggakan Brunei dilihat seperti lawan yang hebat dan setanding dengan kita.
Tuah hasil tandukan Adam Nor Azlin akhirnya menghadiahkan kelegaan buat kem Malaysia yang menang tipis dengan keputusan 2 -1.
Penulis mengharapkan teori 'perlawanan pertama' yang berlaku kepada pemain bawah 22 tahun negara adalah benar.
Jadi, diharapkan dalam perlawanan berikutnya, Malaysia mampu tampil lebih garang dengan aksi meyakinkan.
Ini kerana kita seboleh-bolehnya mahu muncul juara kumpulan dan mengelakkan bertemu Thailand di peringkat separuh akhir.
Penulis doakan kejayaan pemain-pemain muda negara diketuai Adib Zainudin dan juga nama yang sedang meningkat naik seperti Safawi Rashid, Ifwat Akmal Che Kassim, Adam Nor Azlin dan juga Syafiq Ahmad mampu mengulangi pencapaian Malaysia bergelar juara sewaktu Sukan SEA 2011 di Indonesia.