Penyerang pasukan The Blues, Alvaro Morata, dikhabarkan berhasrat untuk meninggalkan Stamford Bridge musim panas ini setelah menganggap tahun yang malang baginya apabila hanya menjaringkan 3 gol dari 23 perlawanan terakhir Chelsea di pertengahan musim.
Morata juga membayangkan mungkin akan kembali ke Sepanyol ataupun mencuba nasib beraksi di liga Itali.
Penyerang berusia 25 tahun itu menyertai Chelsea dari Real Madrid tahun lepas dan menikmati permulaan baik di awal musim dengan menjaringkan enam gol dalam enam perlawanan pertama Liga Perdana, setelah ini semua menjadi tidak kena apabila beliau perlu bergelut dengan masalah prestasi sehingga disisihkan dari pasukan kebangsaan Sepanyol dalam kempen Piala Dunia di Russia.
“Di permulaan musim segalanya bermula baik tetapi ketika di pertengahan musim semuanya menjadi tidak kena dan saya menganggap ia adalah satu bencana melanda diri saya, sehinggakan saya tidak tahu di mana saya berada apabila saya bermain.” kata Morata."Dengan keadaan seperti ini,saya rasa amat tidak yakin dan situasi ini juga boleh memusnahkan karier saya di masa hadapan."
Ditanya bagaimana perasaannya selepas disisihkan daripada skuad Piala Dunia, pemain berusia 25 tahun itu berkata,
"Sudah tentu ia adalah sesuatu yang sukar untuk diterima namun saya bersedia untuk memberikan segala-galanya selepas ini supaya tidak terlepas ke edisi berikutnya.Saya menjangkakan diri saya dipilih untuk mewakili Sepanyol di Piala Dunia.Namun begitu prestasi yang kurang memuaskan di pertengahan musim bersama Chelsea menyebabkan diri saya terlepas peluang untuk disenarai dalam pasukan.
Selepas Piala Dunia berakhir, Luis Enrique mengambil alih tugas selaku pengendali Sepanyol daripada jurulatih sementara Fernando Hierro, manakala Maurizio Sarri tiba ke Chelsea selepas pemecatan Antonio Conte pada Julai lalu.
Enrique kemudian menyenaraikan semula Morata dalam skuadnya selepas bekas penyerang Real Madrid itu disenarai dalam kesebelasan utama bagi keempat-empat perlawanan Liga Perdana di bawah Sarri.
Selepas penyingkiran di peringkat 16 terbaik Piala Dunia 2018 kepada Russia, Sepanyol dijadual bertemu England di Wembley bagi kempen Liga Negara-Negara UEFA, Sabtu ini sebelum menanti Croatia pada Selasa di Elche.