Dengan keputusan satu seri dan empat kekalahan dalam lima aksi terakhir, adakah Real Madrid sudah perlu menekan butang panik? Mereka hanya berjaya memungut satu mata dalam empat perlawanan liga dan kekalahan memalukan di laman sendiri selepas kekalahan 1-2 kepada Levante pada hujung minggu lalu.
Banyak pandangan melontar spekulasi bahawa pengendali, Julen Lopetegui, berkemungkinan akan kehilangan kerjayanya di Bernabeu dalam masa kurang lima bulan selepas mengambil alih tugas selepas peletakan jawatan Zinedine Zidane.
Bagi sebuah kelab ternama dan terunggul di dunia, prestasi sebegini sudah pasti tidak boleh diterima oleh segenap penyokong dan pemerhati bolasepak dunia. Namun, Lopetegui tidak boleh dipersalahkan sepenuhnya kerana ada yang berpendapat pemain-pemain tidak faham dan dapat menerima arahan dengan baik.
Sementelah, Real Madrid dilihat tidak mempunyai penjaring prolifik dan kehilangan Cristiano Ronaldo memberi impak besar kepada pasukan ini kerana jika diimbas kembali, musim lalu Ronaldo menyumbang 26 jaringan dari jumlah 94 gol Real Madrid.
Selepas pertembungan dengan Levante tempoh hari, ada pertemuan antara presiden kelab, Florentino Perez, Julen Lopetegui dan kapten, Sergio Ramos. Namun, kesimpulan yang dikongsi, tiada sebarang perubahan besar akan berlaku dalam masa terdekat kerana Real akan beraksi dalam Liga Juara-juara Eropah dan pertembungan 'El Classico' dalam saingan La Liga.
Mengimbas tahun 2000-2001, Real Madrid pernah mengalami prestasi terumbang-ambing sebegini, namun mereka membuat kejutan pada penghujung musim dengan merangkul gelaran juara liga yang ke-28 buat mereka.