Tajuk artikel penulis kali ini, berkisar mengenai undian kelayakan Piala Dunia 2022 - Piala Asia 2023 yang menyaksikan skuad negara berada sekumpulan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Vietnam, Thailand dan Indonesia dalam Kumpulan G.
Percaya atau tidak buat pertama kalinya sejak pembabitan sulung skuad negara dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 1974, ini adalah kali pertama skuad negara berada sekumpulan dengan pencabar serantau.
Secara tidak langsung, ia menghadirkan peluang yang cukup terbuka buat barisan negara melepasi saingan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia buat julung kalinya dalam sejarah bola sepak negara.
Mengikut format terkini pusingan kelayakan, juara setiap kumpulan akan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 dan pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia manakala naib juara akan sama ada layak ke Piala Asia, pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia atau ke pusingan ketiga kelayakan Piala Asia.
Dua pasukan tercorot setiap kumpulan pula perlu mengharungi saingan play-off untuk ke saingan pusingan ketiga Piala Asia, namun pintu ke Piala Dunia sudah tertutup.
Namun, apakah ia kumpulan yang senang kerana jika kita beranggapan seperti itu sudah pasti Vietnam, Thailand dan Indonesia juga turut beranggapan mereka juga berupaya melangkah lebih jauh.
Jangan lupa kelibat UAE, lawan yang pernah membelasah skuad kebangsaan 10-0 di Abu Dhabi dalam saingan kelayakan Piala Dunia 2018 pada 2015 yang jelas menjejaskan reputasi Malaysia di peringkat antarabangsa ketika itu.
Pada pengamatan penulis, kita boleh anggap undian kelayakan kali ini seimbang buat Harimau Malaya dan kita secara logiknya mampu menduduki tiga tempat terbaik Kumpulan G serta meletakkan sasaran ke Piala Asia tampak lebih realistik.
Bagaimanapun, untuk mencapai sasaran itu juga memerlukan skuad kendalian Tan Cheng Hoe berada di tahap terbaik dalam setiap perlawanan kerana, meskipun kumpulan tampak seimbang tetapi tiada perlawanan mudah buat skuad negara di Kumpulan G.
Penulis masih optimis dan yakin dengan perancangan serta percaturan Cheng Hoe selaku pengendali negara meskipun hanya sekadar muncul naib juara di saingan Piala AFF Suzuki tahun lalu.
Kekalahan 3-2 secara agregat kepada Vietnam di pentas akhir Piala AFF lalu juga, seharusnya mematangkan lagi skuad negara dalam mengharungi saingan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia kali ini dengan aksi lebih ampuh.
Dengan pendedahan beberapa tonggak skuad negara bersama Johor Darul Takzim (JDT) di saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) musim ini, sudah pasti ia menambah keampuhan barisan negara.
Penyerang Perak, Sharel Fikri Md Fauzi yang pernah berkelana ke Liga Satu Thailand bersama Nakhon Ratchasima musim lalu dilihat sebagai antara pemain yang mampu menyinar selain tonggak daripada JDT, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan pemain sayap Pahang,Mohamadou Sumareh.
Penulis juga amat mengharapkan, Cheng Hoe mampu menimbang kemungkinan memanggil semula pemain tengah berdarah kacukan Perak, Brendan Gan ke skuad negara.
Berlandaskan kepada aksi bekas pemain Sydney FC itu bersama Perak pada musim lalu dan kini, kehadirannya jelas mampu menambah keampuhan bahagian tengah skuad negara di saingan kelayakan kali ini.