Sesiapa jua yang menonton siaran langsung ‘pesta’ kejayaan Manchester United usai final Liga Europa di Friends Arena, Stockholm, awal pagi Khamis lalu, tidak akan terlepas senario pengurus Red Devils itu berterusan melakukan satu perkara.
United mengalahkan Ajax Amsterdam 2-0 – ihsan jaringan Paul Pogba dan Henrikh Mkhitaryan – untuk menjulang trofi Liga Europa (dulunya Piala UEFA) buat julung-julung kalinya dalam sejarah kelab itu.
Mourinho segera mengingatkan penyokong United bahawa ini bukanlah trofi pertama untuk tersimpan di Old Trafford musim ini… dan bukan juga yang kedua.
Serahkan kepada Mourinho dan pengurus itu tidak berlengah mengarahkan pemain-pemainnya melakukan isyarat tiga jari untuk meraikan kejayaan ‘treble’ buat United – cukup untuk memaksa akhbar-akhbar British memaparkannya di halaman belakang masing-masing.
Pengurus berbangsa Portugis itu dilihat memberikan isyarat tiga jari kepada kamera televisyen sebelum mengerah pemain-pemainnya melakukan yang sama sambil Wayne Rooney menjulang trofi – satu isyarat jelas kepada sesiapa saja bahawa pasukannya sudah memiliki tiga kejuaraan musim ini.
Bintang-bintang United cukup akur dengan terloncat-loncat di atas podium dengan beramai-ramai memberikan isyarat tiga jari seperti yang dipelopori oleh Mourinho.
Adakah mereka layak melakukan itu?
Mourinho memulakan kempennya musim ini di Old Trafford dengan mengalahkan Leicester 2-1 dalam perlawanan Perisai Komuniti sebagai pembuka tirai musim di Wembley pada 7 Ogos 2016.
Kejayaan itu kemudian disusuli kemenangan 3-2 ke atas Southampton untuk menjulang Piala EFL (dulunya Piala Liga) pada 26 Februari lalu. Sama ada disukai atau tidak, itu adalah trofi kedua buat United.
Tapi, Perisai Komuniti itulah yang menimbulkan pertikaian peminat, dengan ramai beranggapan ia tidak lebih daripada satu perlawanan persahabatan sebagai pembuka tirai musim baru.
Malah, status Perisai Komuiti sudah lama diperdebatkan. Laman rasmi Persatuan Bolasepak England (FA) tidak pernah menggunakan perkataan “trofi” dalam penjelasannya terhadap perlawanan itu.
Ia dianggap satu penghormatan dalam bola sepak Inggeris tetapi tidak syak lagi, statusnya lebih rendah daripada Liga Perdana, Piala FA dan Piala Liga, mengikut susunan itu daripada segi kepentingannya.
Pendapat ramai ialah ia satu trofi tidak penting, dengan saingan merebutnya kurang sengit dibandingkan dengan lain-lain final. Maka, memenanginya dianggap tidak memenuhi kriteria untuk melengkapkan ‘treble’.
Namun, Mourinho tidak pun ambil peduli pandangan sedemikian – padanya kejayaan ‘treble’ tetap satu kebanggaan.
Lagipun, Jose sudah pernah mengecap ‘treble’ sebenar ketika membimbing Inter Milan pada musim terhebat dalam sejarah mereka pada 2009-2010.
Dalam hanya musim keduanya, Mourinho mengemudi Nerazzurri mengatasi Roma dalam kedua-dua Serie A dan Coppa Italia.
Dia kemudian melengkapkan ‘treble’ apabila Inter mengalahkan Bayern Munich 2-0 dalam final Liga Juara-Juara di Santiago Bernabeu hasil ihsan jaringan Samuel Eto'o dan Diego Milito.
Dengan musim depan adalah musim kedua Jose mengemudi Red Devils, awaslah Chelsea, Tottenham, Man City dan Liverpool.