Teka-teki mengenai masa depan penyerang Sepanyol, Alvaro Morata, akhirnya terjawab apabila dia memilih untuk kembali bersatu dengan bekas pengendali Juventus, Antonio Conte, di Chelsea.
Morata melengkapkan perpindahannya dari Real Madrid dengan yuran berjumlah GBP60 juta (RM334 juta), sekaligus memecahkan rekod perpindahan kelab yang dipegang rakan senegara, Fernando Torres.
Penghijrahan Morata merupakan keputusan bijak selepas dilihat gagal memikat jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane, untuk mengemudi jentera serangan skuad Los Blancos kerana Zidane lebih gemar dengan corak permainan pemain dari Perancis, Karim Benzema.

Di sebalik kehadiran Morata ke Stamford Bridge yang telah menarik perhatian ramai, termasuk media, wujud satu persoalan yang membelenggu sebahagian penyokong skuad The Blues.
Adakah Morata mampu menyamai pencapaian legenda Chelsea, Didier Drogba, atau dia hanya akan melalui satu lagi zaman gelap seperti Torres?
Torres dibawa ke Chelsea oleh Carlo Ancelotti pada Januari 2011 menerusi rekod baru yuran perpindahan England bernilai GBP50 juta (RM278 juta) berbekalkan rekod yang cemerlang bersama Liverpool selepas menjaringkan 65 gol dalam 102 penampilan.
Bagaimanapun, kelibatnya di Stamford Bridge tidak berjaya memberikan impak besar, sekadar menjaringkan 20 gol daripada 110 penampilan dan bintang Sepanyol itu lebih diingati dengan kegagalannya menjaringkan gol di depan gawang yang terbuka ketika menentang Manchester United pada 18 September 2011.
Berbeza dengan Torres, Drogba hanya menyumbat 32 gol ketika di Marseille, namun membalas keyakinan yang ditunjukkan oleh Jose Mourinho yang berani mendapatkannya dengan aksi yang memukau semua peminat The Blues.
Sejumlah 157 gol daripada 341 penampilan telah dicatatkan Drogba sejak tahun 2004 hingga 2012 sebelum kembali ke Chelsea dua tahun kemudian untuk tujuh lagi gol menjadi jumlah keseluruhan 164 gol.
Perbezaan jaringan gol yang ketara mewujudkan persepsi berlainan daripada mata penyokong Chelsea.

Kini, Morata hadir memberikan harapan menggunung dengan menggunakan jersi nombor 9. Namun, dia sendiri memegang tanggungjawab yang besar, lebih-lebih lagi selepas penyerang, Diego Costa, yang sebelum ini berjaya menghadiahkan trofi Liga Perdana Inggeris (EPL) buat Chelsea dilihat hampir pasti dipinjamkan ke AC Milan selepas tidak lagi menjadi pilihan utama Conte.
Aksi pramusim di Singapura sudah tentu tidak sabar untuk disaksikan oleh peminat The Blues dan Morata sendiri berpeluang untuk mengecapi kejuaraan pertama bersama Chelsea menjelang aksi Perisai Komuniti menentang Arsenal, 6 Ogos nanti.