Skip to main content

Rencana

Momen 2017 saya

26817shalin.jpg
2017 menghidangkan pelbagai detik manis buat peminat sukan tanah air dan yang pasti akan ada saya kenang untuk waktu yang lama.

Kalau diminta untuk memilih satu saat yang menghimpunkan betapa istimewanya sukan Malaysia ini, saya akan kembali ke Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Imej ratu boling negara, Shalin Zulkifli, menyembah ke bumi saat dia mengesahkan emas dalam acara Masters menggambarkan betapa hebatnya sukan ini.

Shalin unggul dengan perbezaan hanya satu pin untuk menidakkan lawan dari Indonesia, Tannya Roumimpe.

Lebih mengagumkan emas itu, antara tiga keseluruhan daripada KL 2017 adalah yang ke-20 buat Shalin sepanjang penampilan dia dalam Sukan SEA.

Kalau cerita mengenai rekod, kemenangan itu juga menamatkan kemarau peribadi emas Masters yang kali terakhir dimenangi di Brunei 2009.

Seperti perjalanan kisah drama, Shalin menyimpulkan gemilang 2017 dengan kejayaan dalam Kejohanan Dunia di Las Vegas, Amerika Syarikat.

Bukan sahaja pencapaian peribadi tetapi pengaruh dia dalam saingan lima sepasukan menyaksikan skuad wanita unggul sebagai juara sejak sedekad lalu.

Advertisement

Must Watch Video