"Habislah...macam mana peluang kita ke Piala Dunia?".
Itu antara kebimbangan peminat yang saya dengari selepas The Malaysia Hockey Tigers mengharungi empat perlawanan.
Ketika itu, skuad kendalian Stephen van Huizen seri sekali tewas tiga perlawanan sekaligus menamatkan cabaran di tangga tercorot liga.
Kebangkitan bermula pada perlawanan terakhir liga apabila menumbangkan pilihan kedua, India, 1-0 sekaligus menghalang juara Asia itu ke final.
Malaysia mengulangi aksi hebat apabila menumbangkan Jepun, 3-1 dalam penentuan klasifikasi tempat ke-5/6 sekali gus meredakan kebimbangan peminat.
"Kadang-kala teruk, tiba-tiba bagus. Dulu Malaysia ada masalah tidak konsisten dan lambat panas. Saya harap Stephen dapat mengatasi perkara itu sebelum ke London," kata seorang peminat.
Dalam sidang media, Stephen mengakui antara aspek yang akan diberi penekanan selepas pulang ke ibu kota ialah daya refleksi. Beliau berpuas hati dengan tahap fizikal dan kecergasan pemain kerana ia hanya perlukan sedikit penambahan saja lagi.
Saya setuju kerana pemain di Ipoh memiliki kesungguhan yang tinggi namun badan mereka seperti berat untuk bergerak.
Realitinya, mereka setanding kuasa besar seperti juara, Great Britain dan New Zealand yang akan jadi lawan di Separuh Akhir Liga Dunia di London, England.
Saya sempat bergurau dengan legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi: "Selepas ini, beri ruang untuk mereka.
"Biarlah mereka 'masuk gua' dulu. Berlatih secukupnya dan berangkat ke London dengan keyakinan yang tinggi. Saya yakin mereka akan layak ke Piala Dunia 2018," kata Mirnawan.
Jadi, mohon semua jangan panik.
Masih ada cukup masa untuk The Malaysian Hockey Tigers mempersiapkan diri, berlatih mengikut program dan mencabar jaguh dunia di London.
Sekali lagi, mohon jangan panik.