Skip to main content

Rencana

Modric akhirnya raih penghormatan selayaknya

luka-modric.jpg
Luca Modric dimasyhurkan selaku Pemain Terbaik Tahunan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) 2017-18 dalam satu majlis di Monaco kelmarin dan daripada sedemikian ramai orang, harus berterima kasih kepada Jose Mourinho.

Ketika masih bergelar pengurus Real Madrid pada musim panas 2012, Mourinho berkeras untuk menandatangani Modric pada sebarang tanda harga tanpa had dan hakikat itu ttidak harus dilupakan sesiapa – baik kapten skuad kebangsaan Croatia itu sendiri.

Didorong oleh sokongan kuat Presiden Real Madrid, Florentino Perez, Modric menyertai Los Blancos pada 2012, beransur-ansur meningkatkan permainan serta menggilap kemahirannya untuk kesudahannya dijulang selaku pemain terbaik di Eropah musim lalu.

Harus tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan kualiti dimilikinya, visinya terhadap permainan atau kerendahan hatinya yang membawa kepada rasa hormat dan kekaguman ramai terhadapnya hingga ditabalkan selaku yang terbaik.

Malah, sejak kedatangannya ke Real Madrid, pasukan itu telah menemui satu titik rujukan dan seorang pemain yang menghadirkan segala perbezaan.

Kawan mahupun lawan sama-sama menyanjungi genius kerdil Croatia ini yang telah banyak memimpin pasukannya mencapai kegemilangan.

Kini, detik pengiktirafan buatnya telah tiba.

Rakan-rakan sepasukan memujnya sebagai tidak boleh digantikan sambil pada masa yang sama, musuh-musuhnya sentiasa gentar kepadanya di atas keupayaannya mencetuskan situasi yang berbahaya daripada tiada apa-apa.

Tidak syak lagi Modric sudah mencapai kemuncaknya dalam bola sepak seperti disahkan oleh anugerah di Monaco itu – malah, ia mungkin memberi bayangan awal terhadap majlis anugerah The Best, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Ballon d'Or yang bakal menyusul.

Di samping empat pingat johan Liga Juara-Juara dalam tempoh enam tahun, bintang terbesar Croatia ini turut berbangga dengan 14 kejuaraan bersama Real Madrid.

Namun, pencapaian terbesarnya haruslah membuat mereka yang di sekelilingnya menjadi bertambah baik, sama ada sebagai pemain, pegawai mahukan pengamal bola sepak amnya.

Pada usia 32 tahun, pengiktirafan buatnya amat bertepatan. 

SENARAI PENCALONAN AKHIR ANUGERAH PEMAIN TERBAIK UEFA 2017-18

1 Luka Modrić (Real Madrid & Croatia) – 313 mata
2 Cristiano Ronaldo (Juventus/Real Madrid & Portugal) – 223 mata
3 Mohamed Salah (Liverpool & Mesir) – 134 mata
4 Antoine Griezmann (Atlético & Perancis) – 72 mata
5 Lionel Messi (Barcelona & Argentina) – 55 mata
6 Kylian Mbappé (Paris & Perancis) – 43 mata
7 Kevin De Bruyne (Manchester City & Belgium) – 28 mata
8 Raphaël Varane (Real Madrid & Perancis) – 23 mata
9 Eden Hazard (Chelsea & Belgium) – 15 mata
10 Sergio Ramos (Real Madrid & Sepanyol) – 12 mata




 

Advertisement

Must Watch Video