Skip to main content

Rencana

Misi yang sukar

191016malaysiahoki.jpg

23 November 2016 ini Pasukan Hoki Senior Negara akan menyertai Kejohanan 4 Negara anjuran Persatuan Hoki Australia.

Pasukan yang akan menyertai bukanlah calang calang pasukan iaitu New Zealand, India dan tuan rumah Australia.

Berbanding dengan Pasukan Negara, pasukan pasukan ini berada di kelompok top 10 dunia. Australia sahaja adalah pasukan no 1 Dunia.

Di khabarkan 7 pemain utama yang mungkin tidak dapat menyertai Pasukan Negara ke Australia atas sebab sebab kecederaan dan yang tidak di elakkan.

Razie Rahim, Nabil Fiqri, Izad Hakimi, Marhan Jalil, Rashid Baharom, Faiz Helmi Jali dan Fitri Saari. Boleh katakan 6 pemain utama kecuali Rashid Baharom.

Lawan pula bukan calang calang lawan. Dengan semua pemain utama pun bukan mudah menewaskan New Zealand dan India apatah lagi Australia pasukan No 1 Dunia.

Saya melihat ketiadaan mereka ini pasti memincangkan pasukan Negara tetapi dari sudut positif inilah peluang sekali lagi untuk Ketua Jurulatih Stephen Van Huizen membawa pemain lain yang tidak akan mendapat peluang perlawanan pendedahan atau pendedahan kejohanan jika pemain pemain ini bersedia untuk pemilihan pasukan Kebangsaan.

Seperti Trofi Juara Juara Asia baru baru ini dimana 3 pemain muda diberikan peluang apabila Marhan Jalil, Izad Hakimi dan Bajjit Singh. 

Nik Aiman, Najmi Farizal dan Najib Abu Hassan diberikan peluang dan menunjukkan prestasi yang menunjukkan peningkatan dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Malah Joel Van Huizen dan Azri Hassan juga mendapat beraksi lebih lama apabila ketiadaan Marhan Jalil di bahagian tengah.

Ini akan mematangkan mereka.

Kami faham ini adalah satu misi yang tinggi menggunung untuk mendapat keputusan cemerlang tetapi dengan membaris pemain pemain lain, ia pasti akan memberikan pasukan Kebangsaan asas yang besar dengan pemain berkualiti di masa hadapan. Lebih lebih lagi untuk menghadapi tahun mencabar tahun 2017 dalam misi layak ke Piala Dunia 2018 di India.

Jika mempunyai asas yang besar dengan pemain berkualiti ia akan mewujudkan satu kompetitif yang sihat diantara semua pemain pemain. Dengan kompetitif sihat ini prestasi pemain secara automatik akan meningkat dan prestasi pasukan sudah pasti akan juga meningkat. 

Kecederaan juga mungkin akan berlaku sebelum seauatu kejohanan yang besar yang tidak akan merisaukan jurulatih untuk mencari pengganti yang boleh mengisi kekosongan itu.

Selamat berjuang kepada semua pemain pemain dan jangan sekali kali memandang rendah keupayaan kamu dan pasukan Negara. Berikan yang terbaik.

Advertisement

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found