Cerita krisis prestasi bintang sukan negara, pemergian jurulatih berprofil tinggi ibarat sesuatu yang lazim.
Satu ketika dahulu, gejala rasuah dan mengatur perlawanan yang dianggap luar biasa juga jadi fenomena yang boleh buat pelbagai pihak mendalami secara krisis dan ditangani lebih efektif.
Tetapi pada tahun 2017 saya sama sekali tidak menyangka akan terbit cerita yang berupaya membangkitkan rasa benci mendalam.
Bukan doping, tetapi kisah rogol dan gangguan seksual membabitkan atlet daripada sukan akuatik kita.
Saya fikir, insiden atau cerita seperti ini hanya wujud di negara barat yang mengamalkan pergaulan atau pemikiran bebas.
Ini pandangan peribadi di mana, berdasarkan budaya serta adat kita tidak terkecuali kepada individu asing yang bertugas di sini, sepatutnya persekitaran untuk atlet, jurulatih dan pegawai adalah selamat dan kondusif untuk mereka berkhidmat buat Malaysia.
Mungkin saya jahil dan naif dalam berasakan Malaysia selamat daripada gejala ini,tetapi hakikat yang saya pelajari adalah sesuatu yang terang.
Individu dan niat jahat tidak mengenal wajah, tahap pendidikan, latar belakang bangsa, mahupun agama.
Apa sekalipun penghujung cerita kepada kes itu, saya mengharapkan agar lebih banyak langkah diambil badan bertanggungjawab sukan negara dalam memastikan hak atlet terutamanya dijaga dengan baik.