Pembatalan penyertaan Persatuan Bolasepak Johor Bahru (JBFA) daripada menyertai Liga M3 2020 telah menjadi tanda tanya kepada pencinta bola sepak negeri itu, terutama kepada penduduk sekitar Johor Bahru.
Apa yang dinyatakan oleh pihak pengurusan Malaysia Football League (MFL) melalui surat yang didedahkan oleh Persatuan Bolasepak Johor Bahru (JBFA) di laman JBFA amat tidak jelas.
Sebab-sebab kenapa JBFA dibatalkan daripada penyertaan Liga M3 anjuran Amateur Football League (AFL) juga tidak dinyatakan secara terperinci, sebaliknya pihak MFL mengarahkan pihak JBFA merujuk kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk penjelasan lebih lanjut.
Inilah persoalan yang timbul dan menjadi pertanyaan ramai pihak -- kenapa JBFA perlu merujuk kepada Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim sedangkan JBFA merupakan ahli gabungan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ)?
Apakah pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MFL yang juga merupakan Exco Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Ghani Hassan, masih tidak memahami struktur dalam organisasi bola sepak Malaysia?
Ini amat mencurigakan pada pandangan penulis. Hampir dua tahun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melancarkan Peta Halatuju Bolasepak Malaysia (F:30) yang bertujuan untuk mengubah mentaliti dan cara bekerja secara professional dalam urus tadbir bola sepak negara kepada semua pemegang taruh FAM untuk kemajuan bola sepak negara.
Namun, ia masih tidak berubah. Penulis juga teringat kata-kata Presiden FAM dan juga Presiden MFL, Datuk Hamidin Mohd Amin. Pengalaman selama 30 tahun beliau dalam industri bola sepak negara mampu membantu untuk mengubah corak berfikir dan cara bekerja tetapi sayangnya ia masih tidak mampu mengubah, sebaliknya ia membawa kepada kemunduran cara bekerja.
Ini yang berlaku dalam bola sepak Malaysia ketika ini walaupun ia nampak cantik di luar tetapi sebenarnya busuk di dalam. Itulah perumpamaan yang sesuai dengan urus tadbir bola sepak Liga Malaysia ini.
Bagi penulis, apa yang dibimbangkan ialah di mana bakat-bakat anak-anak Bangsa Johor sebagaimana yang dinyatakan oleh laman JBFA sendiri, di mana JBFA adalah merupakan jambatan terbaik untuk anak-anak muda di Johor Bahru mengasah bakat mereka dan mencari ruang untuk melebarkan bakat mereka.
Selain itu juga, JBFA merupakan ahli gabungan PBNJ yang begitu aktif menganjurkan kejohanan di peringkat tempatan.
Bukan itu sahaja, JBFA juga merupakan ahli gabungan PBNJ yang melahirkan ramai pemain tempatan yang mewakili Malaysia suatu ketika dulu seperti Wan Jamak Wan Hassan, Khalid Shahdan, Nasir Yusof, Salehan Md Som, Ismail Ibrahim, Kamarudin Ahmad, Hassan Miskam, Roslan Hamid dan ramai lagi.
Sebagai badan berkecuali yang menganjurkan kejohanan bola sepak di Malaysia, sepatutnya MFL perlu bersikap profesional dan adil, tidak perlu terikat dengan mana-mana pihak dan MFL juga perlu membela nasib anak-anak bola sepak tempatan. Fikir-fikirkanlah.